Kejadian di Pulau Pom Pom Tidak Halang ESSCOM & ESSZONE Dilaksana

Diterbitkan: Isnin, 18 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan) melihat lebih dekat replika Quay Cranes, pengangkut kren terbaru milik Pelabuhan Utara selepas merasmikannya di Pelabuhan Klang pada Isnin.
Turut hadir Pengerusi NCB Holding, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Pelabuhan Utara, Abi Sofian Abdul Hamid (dua, kiri).
-- fotoBERNAMA
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan) melihat lebih dekat replika Quay Cranes, pengangkut kren terbaru milik Pelabuhan Utara selepas merasmikannya di Pelabuhan Klang pada Isnin. Turut hadir Pengerusi NCB Holding, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Pelabuhan Utara, Abi Sofian Abdul Hamid (dua, kiri). -- fotoBERNAMA

PELABUHAN KLANG: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau yakin pembunuhan seorang lelaki Taiwan dan penculikan isterinya di Pulau Pom Pom di luar pantai Sabah tidak akan menghalang langkah kerajaan melaksana ESSCOM dan ESSZONE.

ESSCOM, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, bertujuan menentang keganasan seperti pencerobohan pengganas dari Selatan Filipina di Lahad Datu Februari lepas, yang ancamannya lebih besar daripada insiden terpencil, kata Hishammuddin.

Beliau yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan menegaskan demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran empat kren bagan baru Northport (Malaysia) Bhd di sini, Isnin.

Menteri itu diminta mengulas mengenai insiden tersebut Jumaat lepas yang berlaku di Zon Keselamatan Bahagian Timur Sabah (ESSZONE).

Insiden di Semporna itu, kata Hishammuddin, ditangani oleh polis, dan tentera akan bekerjasama rapat dengan mereka. Selain itu, katanya, kawasasn di bawah ESSZONE melibatkan jaluran pantai Timur Sabah sepanjang 1,400 km adalah rumit dipantau oleh ESSCOM oleh kerana ia melibatkan tiga zon berbeza, perairan antarabangsa, perairan Malaysia dan kawasan pantai.

Penubuhan ESSCOM diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Mac lepas semasa lawatan pertamanya ke Lahad Datu semasa Ops Daulat bagi menghapus pengganas Sulu dari daerah itu.

ESSCOM yang dipimpin oleh Ketua Pengarah Datuk Mohammad Mentek, adalah sebuah agensi penguatkuasa dalam kawasan ESSZONE yang termasuk 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan