JPJ Cadang Lantik Panel Bebas Selesai Masalah MySIKAP

Diterbitkan: Isnin, 18 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang melantik sebuah panel bebas untuk mengkaji secara menyeluruh masalah berbangkit berikutan migrasi sistem pengkomputeran jabatan itu daripada sistem Sikap kepada sistem MySIKAP, bermula 1 November lepas.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata panel berkenaan akan mencari penyelesaian jangka panjang yang konkrit bagi mengelak gangguan sistem MySIKAP, yang telah menyebabkan proses urus niaga menjadi perlahan sehingga mengakibatkan pelanggan menunggu lama ketika berurusan di pejabat-pejabat JPJ.

"Panel bebas ini akan melihat sama ada vendor yang dilantik telah melaksanakan pembangunan sistem mengikut keperluan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh jabatan," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Beliau berkata JPJ juga mengarahkan vendor yang bertanggungjawab ke atas pembangunan semula sistem itu supaya meningkatkan keupayaan kerangka utama daripada 415 mips kepada 1,200 mips bagi menampung sistem JPJ.

Ismail berkata ia adalah antara langkah yang diambil JPJ untuk menyelesaikan masalah itu yang telah menimbulkan kegelisahan serta rasa tidak puas hati orang ramai apabila berurusan di pejabat JPJ.

JPJ juga membuka kaunter-kaunter perkhidmatan di semua pejabatnya di seluruh negara pada hujung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu di Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Sabtu dan Ahad bagi negeri lain.

"Pembukaan kaunter pada hujung minggu telah dimulakan sejak dua minggu lepas dan akan diteruskan sehingga sistem MySIKAP stabil," menurutnya.

Beliau berkata JPJ turut menubuhkan bilik gerakan yang beroperasi setiap hari bagi memantau prestasi sistem itu dan menerima aduan daripada semua pejabat JPJ untuk tindakan penyelesaian serta-merta. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan