Dasar Langit Terbuka Asean Bakal Beri Kelebihan Kepada MAS - Abdul Aziz

Diterbitkan: Isnin, 18 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Aziz Kaprawi.
Abdul Aziz Kaprawi.

KUALA LUMPUR: Dasar Langit Terbuka Asean bakal memberikan kelebihan kepada syarikat penerbangan tempatan terutama Malaysia Airlines (MAS) apabila dilaksanakan sepenuhnya pada 2015.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata antara faedah yang diperoleh ialah perluasan jaringan penerbangan ke negara Asean.

"Dasar Langit Terbuka Asean juga membolehkan syarikat penerbangan tempatan meningkatkan kekerapan penerbangan dan membuka laluan baharu serta membolehkan syarikat terbabit menentukan harga tambang mengikut pasaran semasa tanpa perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa penerbangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) pada persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Anuar ingin tahu apakah status Dasar Langit Terbuka Asean setakat hari ini dan faedah serta kekangan dasar berkenaan kepada syarikat penerbangan tempatan terutama MAS apabila ia dilaksanakan kelak.

Abdul Aziz berkata antara kekangan yang akan dihadapi oleh syarikat penerbangan tempatan ialah akan berlaku lambakan kapasiti penerbangan melebihi permintaan.

"Persaingan dalam menetapkan harga tambang yang kompetitif juga akan mengurangkan keuntungan syarikat penerbangan terbabit dan persaingan sengit antara syarikat penerbangan Asean juga akan timbul kerana syarikat penerbangan yang mempunyai prestasi yang kukuh mampu memonopoli pasaran penerbangan di rantau ini," katanya.

Menjawab soalan tambahan Anuar berkaitan inisiatif kerajaan untuk membantu MAS apabila dasar ini dilaksanakan dan adakah syarikat tersebut mampu bersaing di masa depan, Abdul Aziz berkata MAS telah mengambil beberapa langkah antaranya membeli 47 pesawat baharu untuk menampung operasi mereka.

"Pesawat baharu ini terdiri daripada jenis Boeing 737-800 yang boleh terbang dalam jangka waktu enam jam.

Seterusnya destinasi MAS akan bertambah kekerapan dan dapat mengambil peluang melalui Dasar Langit Terbuka Asean," katanya.

Dasar Langit Terbuka Asean merupakan satu aturan yang membolehkan syarikat penerbangan negara Asean untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan tanpa had, kekerapan ataupun jenis pesawat di mana-mana destinasi di negara Asean.

Abdul Aziz berkata setakat ini semua negara Asean telah menandatangani perjanjian Dasar Langit Terbuka Asean kecuali Indonesia dan Filipina. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan