Bocor Dokumen Rasmi Kerajaan Tindakan Tidak Amanah, Serah Polis Siasat - MB Johor

Diterbitkan: Isnin, 18 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR GUDANG: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat tindakan membocorkan kandungan dan menyebarkan Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berhubung cadangan mengubah cuti mingguan negeri ini.

"Perkara berkenaan masih dalam perbincangan dan belum diputuskan lagi. Perbuatan yang dilakukan ini menggambarkan sikap tidak amanah dalam merahsiakan hal sulit kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pernikahan beramai-ramai di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini, Ahad.

Seramai 30 pasangan bernikah pada majlis yang dianjurkan bersama Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Waqaf An-Nur Corporation Berhad dan Hospital Penawar Pasir Gudang.

Walaupun laporan polis sudah dibuat tetapi setakat ini beliau masih belum mendapat sebarang perkembangan mengenai siasatan itu, kata Mohamed Khaled.

Tanpa menolak kemungkinan kejadian yang sama akan berulang disebabkan sifat tidak amanah itu, beliau berkata kerajaan negeri juga tidak menubuhkan sebarang pasukan khas di peringkat jabatan ataupun negeri untuk melakukan siasatan.

Sejak awal minggu lalu, berita tentang pertukaran hujung minggu negeri Johor daripada hari Ahad kepada hari Jumaat berkuat kuasa pada Januari tahun depan mula tersebar di laman sosial tanpa ada sebarang pengumuman rasmi berhubung perkara itu oleh kerajaan negeri.

Lebih memeranjatkan apabila gambar dokumen sulit mengenai perkara itu yang dialamatkan kepada SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri bertarikh 9 Oktober 2013 turut dimuat naik dalam laman sosial itu bagi menyokong berita berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan