Shahidan Tegur Pihak Sebar Berita Palsu Mengenai Insiden di Pulau Pom Pom

Diterbitkan: Ahad, 17 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menegur pihak tertentu yang menyebarkan berita palsu berhubung insiden bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Sabah.

Katanya perbuatan itu mengundang suasana tidak harmoni dan mesti dihentikan. "Kawasan berkenaan selamat untuk dikunjungi dan kita akan terus memperhebatkan rondaan bagi membanteras sebarang jenis jenayah merentasi sempadan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jiwa Murni Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di sini, pada Ahad.

Beliau juga menegaskan kawalan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) telah dipertingkat bagi memastikan pulau-pulau terutama yang terletak berhampiran sempadan terus selamat dikunjungi.

Dalam masa yang sama beliau menyarankan masyarakat di negara ini menjadi sahabat APMM dengan menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa berkenaan.

Melalui maklumat itu, tindakan pantas dapat diambil terutama dalam menangani pelanggaran undang-undang atau memberi bantuan kepada yang memerlukan, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan