Puncak Niaga Hantar Tangki Rawat Air Ke Filipina - Berita Semasa | mStar

Puncak Niaga Hantar Tangki Rawat Air Ke Filipina

Diterbitkan: Ahad, 17 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Puncak Niaga Holdings Berhad mengambil inisiatif menghantar tangki merawat air ke kawasan bencana taufan Haiyan di Leyte, Tacloban, Filipina bagi memastikan mangsa mendapat bekalan air bersih.

Pengarah Urusannya Datuk Syed Danial Syed Ariffin berkata langkah itu lebih pratikal kerana bekalan air di kawasan bencana sudah musnah sama sekali.

"Mangsa bencana (biasanya) tidak ada pilihan melainkan mengharap bantuan yang selalunya dihantar dalam bentuk botol air minuman dan mineral. Namun kali ini Puncak Niaga menghantar tangki itu kerana bukan sahaja dapat menapis air mentah tetapi juga merawatnya dengan kaedah terbaik," katanya dalam kenyataan di sini Ahad.

Menurutnya tangki 'Jernih' itu juga mudah alih dan menggunakan tenaga solar, sekali gus memudahkan tugas mengagihkan bekalan air bersih kepada mangsa.

Misi penghantaran tangki air itu disertai oleh empat warga kerja Puncak Niaga dan dibantu oleh 11 anggota Angkatan Tentera Malaysia, katanya.

Taufan Haiyan yang membadai Filipina minggu lepas menjejaskan kira-kira sembilan juta penduduk termasuk 1.5 juta yang kehilangan tempat tinggal dalam bencana taufan yang disifatkan paling dahsyat di negara itu sejak beberapa dekad lepas.

Pihak berkuasa Filipina mengumumkan angka rasmi korban Haiyan lebih 3,600 orang setakat Jumaat. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan