PDRM Cadang Beri Kuasa Kepada Pegawai Kor Kadet Polis

Diterbitkan: Ahad, 17 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bercadang untuk memberi kuasa anggota polis kepada pegawai kor kadet polis bagi turut membantu membanteras jenayah.

Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bahagian Operasi Datuk Rusli Ahmad berkata walau bagaimanapun cadangan itu perlu dibawa ke pihak atasan untuk dilaksanakan.

"Sememangnya ada cadangan untuk memberikan kuasa-kuasa seorang polis kepada pegawai kadet apabila diserapkan dalam pasukan sukarelawan simpanan polis (PVR), namun ia perlu diangkat ke pihak Ketua Polis Negara. "Setakat ini belum ada undang-undang untuk mereka melaksanakan penugasan polis, dan kor kadet ini lebih kepada persatuan," katanya pada sidang media selepas menutup Kursus Pemantapan Profesionalisme Guru-guru Kor Kadet Polis Zon Timur di sini, Ahad.

Turut hadir Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia, Mohd Rashid Maen, Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Normazlan Ismail serta Ketua Polis Daerah Dungun Supritenden Ahmad Zailani Yaacob.

Program yang berlangsung selama empat hari bermula Khamis lalu disertai seramai 120 pegawai kanan kor kadet zon timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Rusli berkata PDRM juga menggalak pelajar di sekolah menyertai Kor Kadet Polis bagi mengurangkan kadar jenayah seterusnya membentuk pelajar yang lebih berdisiplin. "Kita memang sangat menggalak pelajar-pelajar menyertai Kor Kadet dan Kelab Pencegahan Jenayah yang mana kor kadet dan kelab ini sememangnya dipantau oleh pihak polis dan ianya dapat membantu mengurangkan indeks jenayah dalam kalangan pelajar sekolah.

"Bagi membanteras jenayah juga kita turut mewujudkan papan kenyataan cegah jenayah di setiap sekolah di Malaysia yang mana melalui papan kenyataan ini kita salurkan maklumat mengenai jenayah-jenayah yang terbaru dan pelbagai maklumat mengenai pencegahan jenayah kepada pelajar sekolah," katanya.

Sehingga kini sebanyak 2041 buah sekolah di seluruh negara mempunyai Kor Kadet Polis dengan keanggotaan 11,6248 ahli kadet yang terdiri dari pelajar sekolah dan 2,568 guru kadet. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan