Kes Culik Di Semporna: Tiada Permintaan Wang Tebusan Setakat Ini

Diterbitkan: Ahad, 17 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kawalan ketat oleh petugas keselamatan di resort Pulau Pom Pom, di mana pelancong dari Taiwan ditembak mati dan isterinya diculik, dipercayai kumpulan lelaki bersenjata pada Jumaat lalu. -foto NORMIMIE DIUN/The Star
Kawalan ketat oleh petugas keselamatan di resort Pulau Pom Pom, di mana pelancong dari Taiwan ditembak mati dan isterinya diculik, dipercayai kumpulan lelaki bersenjata pada Jumaat lalu. -foto NORMIMIE DIUN/The Star

SEMPORNA: Tiada permintaan wang tebusan dibuat setakat ini selepas wanita Taiwan Chang An Wei, 58 diculik, dipercayai oleh kumpulan lelaki bersenjata Filipina dan dibawa ke selatan Filipina.

"Kami tidak menerima sebarang panggilan sehingga sekarang. Kami masih meneruskan siasatan," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada pagi Ahad.

Walaupun ke mana wanita itu sebenarnya dibawa masih belum ditentukan, polis percaya lelaki bersenjata yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf boleh membawanya ke salah sebuah daripada rantaian pulau Tawi- Tawi, kawasan yang dikenali sebagai tempat persembunyian untuk kumpulan penculik yang menculik untuk tebusan.

Chang telah diculik dari resort di Pulau Pom POm selepas suaminya, Hsu Li Min, 57, ditembak mati awal Jumaat.

Menurut sumber polis di sini dan di Tawi- Tawi, tebusan yang dibawa dari Sabah biasanya disimpan di tempat persembunyian di hutan di pulau-pulau di sana sebelum mereka berpindah ke kubu kuat Abu Sayyaf di pulau Jolo.

Permintaan untuk wang tebusan akan datang apabila mereka merasakan mangsa tebusan adalah selamat, kata mereka.

Mereka menambah bahawa penculik itu sendiri mungkin tidak secara langsung mempunyai kaitan dengan terkenal kumpulan pengganas terkenal Abu Sayyaf tetapi merupakan puak serpihan yang menjalankan kegiatan menculik untuk tebusan.

Sumber-sumber berkata kumpulan lelaki bersenjata yang sama yang terlibat dalam penculikan di Sabah sebelumnya merupakan suspek utama dalam kes di Pulau POm Pom.

"Kita hanya akan tahu identiti sebenar lelaki bersenjata atau kumpulan yang terlibat apabila rundingan bagi pembebasan Chang bermula melalui orang tengah," kata sumber yang terlibat dalam kes penculikan sebelumnya.

Sementara itu, kehidupan di bandar Semporna berjalan seperti biasa dan pelancong termasuk dari Taiwan terus melawat pulau-pulau di sana termasuklah Pulau Pom Pom.

Seorang nelayan yang memperkenalkan dirinya sebagai Pitsu berkata mereka tahu tentang kejadian tembakan dan penculikan tetapi tidak berfikir ia adalah sesuatu yang perlu dibimbangkan.

"Seseorang meninggal dunia dan seorang wanita hilang, tetapi perkara-perkara seperti ini bukanlah berita kepada kami, kami mendengar tentang perkara ini sepanjang masa," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan