Dr Chua Harap Pemilihan MCA Tidak Cetuskan Krisis

Diterbitkan: Ahad, 17 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Chua
Dr Chua

KLANG: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau berharap pemilihan parti bulan depan akan berjalan lancar dan tidak mencetuskan krisis.

Katanya parti itu sudah tiada kemampuan politik untuk terbabit krisis dalaman kerana "kita sekarang berada di tahap paling rendah dalam sejarah MCA".

"Jika kita terus bergaduh, kita akan lenyap," katanya dalam sidang media selepas merasmikan konvensyen tahunan MCA Selangor, di sini Ahad.

Bekas menteri kesihatan itu juga menggesa pemimpin parti bekerja sebagai satu pasukan selepas pemilihan berakhir dan menegaskan bahawa kepimpinan baharu mesti merangkumi semua puak untuk bergerak ke hadapan.

"Ini pemilihan parti, tidak wujud konsep yang menang kaut semua atau yang kalah hilang segalanya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan