Wanita Dakwa Nasi Kandar Guna Najis Manusia Mohon Maaf

Diterbitkan: Sabtu, 16 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Wanita yang mendakwa sebuah kedai nasi kandar popular di sini menggunakan najis dalam penyediaan makanan mereka pada Sabtu membuat permohonan maaf secara terbuka.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ze Aida berkata, dia tidak sepatutnya membuat dakwaan tidak berasas seperti itu di laman Facebook miliknya.

"Saya harap penjelasan saya ini mengakhiri semuanya," katanya.

Ze Aida, 24, menerusi akaun Facebook miliknya mendakwa najis manusia ditemui dalam penyediaan 'nasi ganja' iaitu nama samaran bagi nasi kandar yang dijual di kedai kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom di sini.

Menerusi posting yang sudahpun dipadamkan pada Jumaat, dia mengaitkan 'nasi ganja' dengan nasi kandar yang dijual di Restoran Nasi Vanggey di Greentown di sini.

Sebelum ini dilaporkan Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom di sini, diarah tutup selama dua minggu bermula semalam kerana gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail, dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan