Sogok Imigresen: KDN Arah Polis Siasat

Diterbitkan: Sabtu, 16 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengarahkan polis membuat siasatan berhubung dakwaan terdapat pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang, menerima sogokan dari sindiket tertentu bagi melepaskan warga asing yang diseludup menggunakan dokumen palsu.

Timbalan Menterinya, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu dan siasatan ke akar umbi akan dilakukan.

"Saya terperanjat, sedih dan marah mendengar perkara ini. Saya akan mengarah polis membuat selidikan ke akar umbi untuk menjejak mereka yang bertanggungjawab. "KDN tidak teragak-agak mengambil tindakan dan membawa yang bertanggungjawab ke muka pengadilan, tidak kira dia ialah pegawai dalaman dan sebagainya," kata beliau.

Wan Junaidi memberitahu demikian kepada Bernama sebagai mengulas laporan akhbar hari ini yang mendedahkan setiap pegawai imigresen paling kurang disogok RM10,000 bagi setiap warga asing.

Menurut laporan itu, sindiket hanya dikesan awal tahun ini tetapi dipercayai sudah menjalankan kegiatan ITU sejak beberapa tahun lalu dengan menjadikan warga asing India dan Bangladesh sebagai sasaran. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan