Putera Charles Minat Dengan Pembiayaan Islam - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 16 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

COLOMBO: Putera Charles dari Britain berminat untuk meneroka pembiayaan Islam sebagai instrumen penyelamat dalam menangani perubahan iklim di negara-negara yang terdedah kepada ancaman dan bencana.

Putera Wales itu telah bertanya mengenai pembiayaan Islam itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan setengah jam mereka di sini hari ini. Pertempuan tersebut adalah atas jemputan Putera Charles.

Putera Charles dan Najib berada di ibu negara Sri Lanka sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2013.

Selepas pertemuan itu, Najib memberitahu wartawan Malaysia, bahawa Putera Charles telah bertanya kepadanya jika negara yang memerlukan dan negara dikategorikan sebagai "kecil dan mudah terjejas' boleh mendapat akses kepada pembiayaan Islam itu.

Dalam reaksinya kepada pertanyaan Putera Charles itu, Najib berkata beliau menjelaskan ia memerlukan kajian mendalam.

Ini kerana, katanya, ia mungkin memerlukan penglibatan 'dana berdaulat' sama ada mereka hendak menerbitkan Sukuk untuk pembiayaan sedemikian.

Dalam pertemuan itu, Najib berkata mereka berdua bertukar-tukar pendapat mengenai Komanwel dan masa depan pertubuhan itu. Mengenai pertemuan beliau dengan Presiden Sri Lanka Mahinda Rajapaksa atas jemputan presiden itu di sini malam tadi, Najib berkata beliau menyampaikan pandangan mengenai potensi industri pelacongan di pulau itu.

Katanya Malaysia dan Sri Lanka juga berhasrat menjalinkan hubungan lebih baik berikutan tamatnya konflik dalaman negara itu.

"Dalam keamanan ini, potensi Sri Lanka lebih menyerlah," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan