Ketua Pemuda, Wanita MIC Yang Baharu Diketahui Hari Ini

Diterbitkan: Sabtu, 16 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

V. Mugilan.
V. Mugilan.

KUALA LUMPUR: Teka-teki siapa pemimpin muka baru yang akan mengisi jawatan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita MIC akan diketahui pada pemilihan parti itu, Sabtu.

Kempen antara Timbalan Ketua Pemuda, V.Mugilan dan Setiausaha C. Sivarraajh kelihatan sengit di mana mereka akan bertemu satu lawan satu bagi merebut jawatan tertinggi itu yang dikosongkan Datuk T.Mohan.

Sivarraajh dilihat lebih berpihak kepada kem Mohan manakala Mugilan dikatakan menerima sokongan daripada kepimpinan sedia ada.

Mereka menggunakan rangkaian media sosial seperti Facebook dan Twitter sebagai platform untuk mempromosikan visi dan misi masing-masing.

Manifesto Mugilan yang bertemakan 'Undi Untuk Perubahan' menggariskan 10 aspek yang fokus kepada pendidikan, sosio-ekonomi dan pembangunan belia di dalam dan luar parti.

Sivaraajh pula memberi tumpuan kepada ekonomi sosial dan memperkasakan golongan belia.

Sivaraajh, 37, yang tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong pada pilihan raya umum ke-13, Mei lalu merupakan pegawai khas kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir manakala Mugilan adalah Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor.

Bagi pemilihan Ketua Wanita MIC menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Ketua Biro Kebajikan dan Sosial MIC, Mohana Muniandy dan Setiausaha Wanita MIC, M. Vickneswary.

Seorang pegawai parti berkata Mohana mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menang kerana penglibatan beliau di dalam parti selain aktif bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang fokus kepada kerja sosial.

Penyandang jawatan itu, Datin Paduka Komala Krishnamoorthi mengumumkan tidak bertanding bagi memberi laluan kepada wanita muda untuk menerajui sayap itu.

Pemilihan bagi jawatan Timbalan Presiden MIC, tiga lagi kerusi Naib Presiden dan 23 Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) turut diadakan pada Sabtu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan