Bekas Pengerusi PKR Kedah Umum Keluar Parti

Diterbitkan: Sabtu, 16 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa pada Sabtu.

Wan Salleh yang juga Ketua Cabang PKR Langkawi, berkata tindakan itu dibuat berikutan rasa tidak puas hati dengan pucuk pimpinan tertinggi parti yang membelakangkannya dalam beberapa perkara termasuk pemilihan calon dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu, ketika beliau masih mengetuai parti itu di Kedah.

"Saya dengan ini mengisytiharkan meletak jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Langkawi dan keluar daripada parti PKR berkuat kuasa hari ini dan tidak akan melibatkan diri lagi dengan PKR," katanya dalam sidang media di sini.

Wan Salleh meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Kedah pada 15 Mei lepas.

Katanya keegoan dan keangkuhan pucuk pimpinan menyebabkan beliau tawar hati untuk meneruskan perjuangan dalam parti itu.

"Kepimpinan pusat tidak mahu mendengar nasihat kepimpinan tempatan," katanya menambah terdapat keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi parti berhubung beberapa isu tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu.

Beliau berkata peletakan jawatan itu bukan atas desakan mana-mana pihak tetapi keputusan beliau sendiri.

Wan Salleh berkata beliau juga tidak akan menyertai mana-mana parti sebaliknya akan menumpukan kepada kerja-kerja amal untuk membantu masyarakat.

Katanya beliau juga akan terus menabur bakti kepada penduduk di Langkawi namun bukan atas tiket politik. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan