SUK Johor Diminta Siasat Kebocoran Maklumat Pindaan Cuti Hujung Minggu

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Johor diminta menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berhubung cadangan mengubah cuti mingguan daripada Ahad kepada Jumaat.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abd Rahim Ramli berkata tindakan pihak berkenaan yang menyebarkan maklumat itu menerusi laman sosial Facebook merupakan kesalahan serius kerana membocorkan rahsia sulit kerajaan negeri.

"Dokumen berkenaan adalah rasmi dan ia merupakan satu kesalahan serius, bagaimana ia boleh bocor dan siapa yang memboloskannya.

"Saya difahamkan SUK telah memulakan siasatan tentang perkara ini sejak semalam dan kita nak tahu bagaimana dan siapa yang membocorkan dokumen rasmi ini kerana ia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabat Jumaah Majlis Diraja Johor di Istana Besar, di sini Khamis.

Sejak awal minggu ini, berita tentang pertukaran hujung minggu negeri Johor daripada hari Ahad kepada hari Jumaat berkuatkuasa pada Januari tahun depan mula tersebar di laman sosial tanpa ada sebarang pengumuman rasmi berhubung perkara itu oleh kerajaan negeri.

Lebih memeranjatkan apabila gambar dokumen sulit mengenai perkara itu yang dialamatkan kepada SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri bertarikh 9 Oktober 2013 turut dimuat naik dalam laman sosial itu bagi menyokong berita berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima tiga laporan polis berkaitan perkara itu termasuk daripada SUK negeri Datuk Obet Tawil. Katanya, kes akan disiasat mengikut Akta OSA. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan