Seludup Dadah: 190 Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Warga Sabah, Yong Vui Kong mungkin terselamat daripada hukuman gantung namun rakyat Malaysia yang turut berhadapan dengan tuduhan sebagai penyeludup dadah di negara lain mungkin tidak bernasib baik sepertinya.

Di Indonesia dan China, seramai 47 rakyat Malaysia ditahan pada 2011, mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana terlibat dengan menyeludup dadah.

Menurut Bukit Aman, lebih 190 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana terlibat dengan aktiviti penyeludupan dadah sejak 2011.

Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Komisioner Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata purata 50 orang rakyat Malaysia ditahan kerana terlibat dengan penyeludupan dadah setiap tahun di luar negara.

"Pada 2011 sahaja, 80 rakyat Malaysia ditangka. Daripada jumlah tersebut 31 ditahan di Indonesia, 16 di China dan 10 lagi di New Zealand," katanya sambil menambah jumlah berkenaan menurun kepada 59 orang pada tahun lalu kerana peningkatan penguatkuasaan oleh pihak polis dengan kerjasama polis antarabangsa.

Noor Rashid berkata penyeludup dadah warga tempatan kini memfokuskan negara Singapura sebagai sasaran di mana seramai 32 orang ditahan, angka paling tinggi diikuti dengan 11 penahanan di Inodnesia dan masing-masing tujuh di Australia dan India.

"Sindiket ini sering menukar pasaran mereka berdasarkan tahap penguatkuasaan negara-negara yang terlibat," katanya.

Beliau berkata pada tahun ini sahaja, terdapat 57 penahanan dibuat dengan 21 orang ditahan di Singapura.

Rakyat Malaysia yang terdesak termasuk mereka yang dibebani dengan masalah hutang dan ibu tunggal merupakan golongan yang banyak terlibat dengan penyeludupan dadah ini.

"Tahun lalu, seorang ibu tunggal, yang sedang mengandung lima bulan, ditahan di Melbourne bersama heroin. Wanita berkenaan yang mempunyai empat anak itu menelan 34 peket kecil heroin," katanya.

Beliau berkata satu lagi kes melibatkan juruterbang sebuah syarikat penerbangan komersil, ditahan di Sydney tahun lalu bersama syabu.

Lewat kebelakangan ini, beliau berkata sindiket pengedaran dadah mensasarkan pasangan baru berkahwin, apabila pasangan dari Sabah itu ditahan di Taiwan kerana menyeludup 6 kilogram heroin.

"Sindiket itu sedang menyesuaikan diri, begitu juga dengan kami," katanya.

Pada Khamis, Vui Kong terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi Singapura memutuskan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Yong.

Dia turut dikenakan 15 sebatan kerana mengedar dadah.

Pada 2009, Yong, 25, dari Sabah dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah pada 7 Januari 2009 kerana mengedar 47 gram dadah pada 13 Jun 2007.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan