Rasuah: Tiada Keperluan Tempatkan Pegawai SPRM di KLIA, LCCT

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiada keperluan untuk menempatkan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad.

Beliau berkata ini kerana kes pegawai imigresen yang dikesan menerima sogokan untuk melepaskan warga asing yang diseludup adalah sedikit dan terpencil. "Kita telah kesan dan pantau kes ini sejak awal tahun ini. Kita boleh anggap kes ini kecil kerana dalam seminggu hanya lima atau enam orang yang diseludup sedangkan jumlah pengguna yang menggunakan KLIA dan LCCT tahun lepas hampir 39 juta orang," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar hari ini mengenai pegawai imigresen di KLIA dan LCCT yang disogok ratusan ribu ringgit sebulan bagi 'melepaskan' warga asing yang diseludup ke negara ini menggunakan dokumen palsu.

Menurut laporan tersebut, pegawai imigresen akan bersubahat dengan ejen bagi menentukan kaunter mereka bertugas sebagai laluan khas di lapangan terbang. Alias berkata walaupun siasatan serta pemantauan sedang dijalankan namun pihaknya sukar untuk mengesan pegawai yang terlibat kerana tiada bukti nyata.

"Susah kita hendak siasat kalau hanya menggunakan percakapan sebagai bukti sebab semua orang boleh bercakap tetapi bukti yang nyata sukar untuk diperoleh," katanya.

Beliau berkata faktor kemasukan haram itu kerana dokumen kemasukan sebagai pelancong dan pekerja tidak memenuhi undang-undang kerajaan Malaysia. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan