MBJB Tetap Dengan Keputusan Padam Grafiti

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salah satu contoh grafiti yang dilukis di  Sungai Klang, Kuala Lumpur.
Salah satu contoh grafiti yang dilukis di Sungai Klang, Kuala Lumpur.

JOHOR BARU: Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB) tetap dengan keputusan untuk memadam grafiti (lukisan dinding) di Taman Molek di sini.

Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Aziz Ithnin berkata, MBJB akan meneruskan tindakan untuk memadam grafiti kerana ia tidak diluluskan.

"Lukisan itu bukan saja memberi persepsi negatif terhadap negeri itu, tetapi ia juga akan mewujudkan rasa takut dikalangan mereka yang melalui kawasan itu, terutamanya mereka yang pergi ke bank berdekatan.

"Para pegawai diarahkan untuk memadam lukisan versi pelekat dan proses itu selesai kira-kira pukul 11 pagi," katanya pada Khamis.

Aziz berkata, MBJB akan sentiasa melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan berdekatan untuk memastikan pelekat seperti itu ditanggalkan kerana ia diklasifikasikan sebagai perbuatan laku musnah.

"Kami tidak menggalakkan orang lain untuk melukis grafiti di tempat awam lain atau premis persendirian kerana ia akan mendorong kepada masalah sosial," katanya.

Aziz berkata mereka yang ditahan terlibat dengan aktiviti melukis grafiti di stesen bas, pasar dan dewan serbaguna boleh dikenakan denda RM250.

Katanya, MBJB merancang untuk menyediakan ruang kepada pelukis untuk menyuarakan pandangan mereka menerusi seni grafiti.

"MBJM akan memantau lukisan tersebut bagi memastikan ia menggambarkan komuniti di sini," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan