Masyarakat Jangan Pandang Remah Kejadian Curiga Di Kawasan Kediaman - KPN

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kejadian jenayah seperti kes pembunuhan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Malik dapat dielakkan jika masyarakat segera tampil menyalurkan maklumat kepada polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, apa yang berlaku kini adalah disebabkan masyarakat sering memandang remah terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka. "Kejadian itu (tembak) boleh ditangani lebih awal kerana maklumat yang diperoleh sangat membantu siasatan pihak kami, tetapi sekarang kejadian telah pun berlaku barulah maklumat disalurkan, ia sudah tidak berguna lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Utara di sini hari ini. Ia turut hadir Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Menurut Khalid, pihak polis menerima maklumat menyatakan sebelum kejadian tembak itu berlaku, penduduk di kawasan sekitar pernah melihat sebuah kereta sering berlegar-legar di kawasan perumahan tersebut dan sesekali berhenti di hadapan rumah mangsa.

"Pada ketika itulah maklumat daripada orang ramai diperlukan dan mereka dapat mengelak kejadian itu jika menghubungi balai polis berdekatan untuk membuat laporan," katanya.

Beliau berkata, polis amat memerlukan kerjasama masyarakat setempat untuk segera melaporkan sebarang maklumat sekiranya terdapat perkara yang mencurigakan berlaku di kawasan perumahan mereka.

"Jika terdapat jiran-jiran yang mencurigakan seperti tidak selalu pulang ke rumah, dan hanya pulang seminggu sekali, itupun pada waktu malam atau kediaman itu sering didatangi sejumlah kereta yang banyak dan mencurigakan ia perlu dilaporkan kepada pihak polis," katanya.

Justeru, beliau berharap penduduk di Johor Baharu khususnya Daerah Johor Baharu Utara akan sentiasa memberikan kerjasama erat kepada polis bagi memerangi jenayah di kawasan sekitar. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan