Maliau Basin Kekal Sebagai Kawasan Terlindung

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemandangan indah lembangan Maliau.
Pemandangan indah lembangan Maliau.

KOTA KINABALU: Lembangan Maliau atau Maliau Basin disifatkan sebagai 'Jurassic Park sans dinosaurs', akan terus menjadi kawasan terlindung untuk tempoh 50 tahun lagi.

Usaha itu diperbaharui dibawah pelan pemuliharaan strategik 10 tahun untuk kawasan seluas 20,000ha di Tawau, dalam bengkel pelan pengurusan pihak berkepentingan lembangan itu di sini.

Pengurus Besar Bahagian Pemuliharaan dan Pengurusan Alam Sekitar Yayasan Sabah, Dr Waidi Simun berkata, larangan itu tidak akan ditarik balik di bawah pelan kedua 2014 hingga 2023.

"Kawasan ini akan kekal sebagai kawasan larangan - tidak boleh dimasuki orang awam atau renjer - sehingga tamat komitmen 50 tahun itu," katanya pada ucap tama bengkel Pemuliharaan Lembangan Maliau di sini, Khamis.

Mesyuarat pihak berkepentingan itu dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Sabah, Datuk Pang Nyuk Ming.

"Ia adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memberi peluang kepada generasi muda mengkaji kawasan yang dilindungi itu," kata Dr Waidi.

Beliau berkata dibawah pelan pertama itu, Pusat Kajian Maliau Basin ditubuhkan untuk tujuan penyelidikan, pemuliharaan, pendidikan dan eko-pelancongan.

Pelbagai organisasi antarabangsa dan tempatan membantu untuk membina kem satelit, denai dan jambatan, menara pemantau, jambatan gantung Maliau dan sebuah bangunan pendaftaran dan pertanyaan.

Beliau berkata, dibawah pelan berikutnya, pelbagai kajian intensif di kawasan itu akan diteruskan kerana pelan pertama memberi tumpuan kepada pengauditan kawasan dan membina infrastruktur asas.

Pang berkata, usaha masih dipergiatkan untuk meletakkan kawasan Danum-Maliau-Imbak (DaMal) sebagai tapak Warisan Dunia.

"Pencalonan DaMal diluluskan menerusi Kabinet negeri itu dan dihantar kepada Jabatan Warisan Negara oleh kementerian saya.

"Dosir akhir dijangka siap pada akhir tahun ini," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan