Kamaruzaman Azam Cipta Ruang Baru Jika Dipilih Ketuai Pemuda PAS

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kamaruzaman Mohamad
Kamaruzaman Mohamad

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad berazam akan meneroka ruang dan peluang baru untuk membawa sayap itu mendepani cabaran semasa dan menguasai isu serta keperluan anak muda masa kini secara kolektif.

Beliau yang dicalonkan bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda pada Muktamar PAS yang ke-59 dari 22 hingga 24 November ini, berkata sekiranya dipilih, maka beliau wajib memikul amanah itu sebaik mungkin menepati piawaian kepimpinan Islam.

"Andai saya tidak terpilih, saya tetap akan teruskan perjuangan saya bersama jemaah Islam PAS kerana penglibatan saya bersama PAS sejak 1997 adalah berasaskan perjuangan yang wajib saya galas," katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman sesawang parti itu.

Selain Kamaruzaman, empat lagi individu yang dicalonkan untuk bertanding jawatan itu ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr Raja Ahmad Iskandar Al-His, Ketua Penerangan Dr Riduan Mohd Nor, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dan peguam Zulhazmi Shariff.

Penyandang Nasrudin Hassan bagaimanapun tidak mempertahankan jawatan itu sebaliknya bertanding bagi kerusi anggota jawatankuasa PAS pusat pada pemilihan parti kali ini.

Kamaruzaman berkata hasrat beliau untuk bertanding jawatan nombor satu sayap itu adalah bagi meneruskan legasi kepimpinan terdahulu dan bagi mempertahankan perjuangan PAS. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan