Gabenor Berterima Kasih Atas Bantuan Kemanusiaan Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Presiden Kelab Putra 1Malaysia, Datuk Azeez Rahim (kiri) berbincang dengan Gabenor Leyte, Dominic Petilla (kanan) mengenai penyaluran bantuan makanan dan minuman di Pusat Khidmat Gabenor di Tacloban, Khamis. -fotoBERNAMA
Presiden Kelab Putra 1Malaysia, Datuk Azeez Rahim (kiri) berbincang dengan Gabenor Leyte, Dominic Petilla (kanan) mengenai penyaluran bantuan makanan dan minuman di Pusat Khidmat Gabenor di Tacloban, Khamis. -fotoBERNAMA

TACLOBAN (Filipina): Gabenor Leyte, Dominic L. Petilla memuji usaha pasukan dari Malaysia yang mengutuskan bantuan kemanusiaan dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas inisiatif berkenaan.

Menyifatkan ia sebagai bantuan yang besar daripada Kerajaan Malaysia, beliau amat berterima kasih kepada Malaysia yang menghulurkan bantuan awal.

"Pertamanya, saya benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia kerana menghantar satu pasukan, ia satu tugas yang besar kini, namun ia bantuan yang sangat diperlukan dari Malaysia," katanya kepada media ketika ditemui sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia diketuai Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang dalam misi bantuan kemanusiaan di sini Khamis.

Wilayah Leyte, yang mempunyai 40 bandar, adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas oleh Taufan Haiyan, Jumaat lepas. Sehingga kini, kira-kira 1,700 mayat mangsa telah ditemui.

Dalam usaha ke arah pemulihan, Petilla berkata beliau tidak pasti sama ada ia akan dijalankan awal ekoran kerosakan yang dialami adalah amat besar.

"Anda boleh mengira wang di Wilayah Leyte...ia tidak mampu untuk membina semula semua bangunan dengan segera.

"Tetapi apa yang boleh kita lakukan adalah 'membina semula' rakyat... sebahagian daripada mereka telah patah semangat, sesetengah daripada mereka mungkin kehilangan harapan..apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah memberikan mereka harapan...dan akhirnya kita boleh membina semula wilayah ini.

"Penduduk Leyte sebelum ini rajin bekerja, tetapi kini enjin seperti telah berhenti. Kami boleh membaikinya engan memberikan mereka (penduduk) harapan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan