DAP P.Pinang Tidak Boleh Adakan Konvensyen - Bekas Naib Pengerusi DAP

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zulkifli
Zulkifli

BUKIT MERTAJAM: Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Zulkifli Mohd Noor mendakwa Konvensyen DAP Pulau Pinang 2013 yang dijadual diadakan Disember ini tidak boleh diadakan selagi Pendaftar Pertubuhan (ROS) belum mengesahkan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu.

Beliau berkata pemimpin DAP dan anggotanya perlu mematuhi peraturan itu kerana jika konvensyen itu diteruskan ianya tidak sah dan menyalahi perlembagaan parti.

"Ingin saya tegaskan bahawa konvensyen DAP negeri tidak boleh dijalankan dan jika tetap diadakan ia tidak sah kerana bercanggah dengan perlembagaan parti mengikut Fasal XV(6) yang menyebut bahawa tarikh konvensyen biasa negeri hendaklah ditetapkan oleh CEC.

"Semua orang tahu bahawa hingga hari ini barisan CEC yang baru dilantik pada pemilihan semula yang berlangsung 29 Sept lepas masih lagi belum disahkan ROS malah laporannya juga belum dihantar kepada ROS," katanya dalam sidang akhbar di sini Khamis.

Katanya pemimpin DAP terutama Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng perlu ingat parti itu akan terbatal secara automatik sekiranya tidak mengikut undang-undang yang telah ditetapkan ROS.

"Saya ingin bertanya kepada Lim (Guan Eng) mengenai status DAP sejak tarikh 12 Disember 2012, termasuk berapa banyak ahli Parlimen, ahli dewan undangan negeri dan ahli majlis dilantik daripada tarih berkenaan?.

"Berapa ramai individu yang memohon untuk menjadi ahli yang diterima Ibu Pejabat DAP terus memegang jawatan dalam parti dan kerajaan di negeri yang diperintah pakatan pembangkang," katanya.

Zulkifli turut mengingatkan Lim supaya tidak bertindak secara diktator untuk terus mengadakan konvensyen negeri dengan melanggar peruntukan dalam perlembagaan parti.

Katanya banyak masalah yang berlaku dalam DAP sekarang adalah disebabkan kelemahan dan ketidakmampuan Lim untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Setiausaha Agung parti.

"Ini jelas menunjukkan bahawa Lim mentadbir parti dan kerajaan tanpa berpandukan perlembagaan, peraturan dan dasar yang ditetapkan malah DAP yang ada pada hari ini sudah jauh berubah sejak 2008, dengan barisan kepimpinan muda yang tidak berkelayakan dan jauh menyimpang daripada amalan yang sudah lama dipraktikkan parti," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan