Ahli PAS Bangsa Cina - Hu Tidak Percaya Keberkesanan Hudud

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hu Pang Chaw.
Hu Pang Chaw.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chow pada mulanya disifatkan sebagai seorang individu ‘gila’ oleh rakan-rakannya selepas dia membuat keputusan menyertai parti itu.

Hu yang merupakan bekas guru berusia 58 tahun menjadi salah seorang ahli bukan Islam dalam PAS.

"Mulanya kawan-kawan saya tidak percaya saya mahu menyertai PAS. Malah mereka berkata saya bodoh dan akan menjadi anjing suruhan untuk parti. Tetapi saya sahut cabaran itu," kata Hu.

Namun, beliau mampu tersenyum apabila sokongan dalam kalangan orang bukan Islam terhadap parti itu meningkat selepas pilihan raya umum 2008 yang dianggapnya sebagai menggambarkan dasar PAS yang lebih terbuka.

"Dalam negara berbilang kaum, kita harus belajar untuk memahami hidup antara satu sama lain. Segalanya mengenai sikap saling menghormati," katanya.

Beliau berkata, itu merupakan faktor utama mengapa dia terus kekal menyokong PAS.

"Mereka (ahli PAS) tahu saya masih makan ‘bak kut teh’ (daging babi salai). Tetapi kami menghormati antara satu sama lain, suatu sikap yang sukar diperoleh di dalam Umno, MIC atau MCA," kata Hu dalam satu temu bual bersama The Star Online.

Walaupun Hu mempunyai hubungan kuat dengan parti itu, Hu masih tidak mempercayai keberkesanan perlaksanaan mana-mana undang-undang jenayah termasuk hudud yang menjadi agenda utama perjuangan PAS.

"Saya tidak percaya hukuman yang boleh menghentikan kegiatan jenayah. Perkara utama untuk menangani jenayah adalah untuk mengenal pasti mengapa orang terlibat dengan jenayah," katanya.

Beliau berkata, undang-undang sivil sedia ada dan cadangan undang-undang jenayah syariah lebih ke arah menghukum tanpa mengenal pasti punca di sebalik kegiatan jenayah itu dilakukan.

"Pada pendapat saya, perkara paling penting adalah untuk mendidik, memberi penjelasan dan mencegah. Tetapi sistem sedia ada bertujuan untuk menghukum anda," katanya.

Pada pemilihan Pas yang dijadualkan pada 22 November ini, Hu berkata, orang bukan Islam akan menolak parti itu sekiranya ia dikuasai oleh kumpulan ulama.

"Pada pandangan orang bukan Islam, kami ingin melihat kombinasi antara golongan ulama dan profesional dalam senarai baharu pucuk pimpinan parti itu.

"Jika presiden sudah terdiri daripada kumpulan ulama, kami ingin melihat golongan bukan ulama memegang jawatan Timbalan Presiden," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan