UPSR 2013: Kebanyakan Negeri Catat Peningkatan

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kebanyakan negeri mencatatkan keputusan baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 yang diumumkan pada Khamis dengan menunjukkan peningkatan dalam jumlah dan peratusan murid yang memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Selain Sarawak, negeri yang mencatat peningkatan ialah Terengganu dan Pulau Pinang manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Perak mencatatkan penurunan.

Di KUALA LUMPUR, seramai 2,108 calon mendapat gred A bagi semua mata pelajaran yang mencatatkan penurunan 0.5 peratus berbanding 2,467 calon tahun lepas, kata Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Abdullah Mad Yunus.

"Beberapa mata pelajaran mencatatkan penurunan antaranya Matematik, Sains, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil selain 495 calon daripada 21,403 mendapat keputusan gagal," katanya.

Beliau berkata keputusan tahun ini mencatatkan peningkatan dalam jumlah murid yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya C bagi semua mata pelajaran kepada 14,791 orang berbanding 13,797 orang tahun lepas.

Di KUCHING, 1,916 daripada 42,904 calon UPSR Sarawak mencatat keputusan semua A iaitu peningkatan sebanyak 0.09 peratus berbanding tahun lalu, kata Pengarah Pendidikan negeri Datuk Abdillah Adam.

"SK Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching mencatat calon paling ramai memperoleh A dalam semua mata pelajaran iaitu 61 orang," katanya.

Di GEORGE TOWN, sebanyak 2,722 atau 11.6 peratus dari 23,562 calon memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin.

Beliau berkata keputusan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 1.11 peratus berbanding tahun lepas iaitu 2,752 murid daripada 26,370 calon memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran.

"Pada keseluruhannya, sebanyak 15,996 murid atau 68.55 peratus mencatat sekurang-kurangnya gred C dalam keseluruhan mata pelajaran dan jumlah ini menunjukkan penurunan sebanyak 0.1 peratus berbanding 17,904 murid tahun lepas," katanya.

Di KUALA TERENGGANU, seramai 3,039 daripada 21,701 calon cemerlang dengan memperoleh semua A dalam mata pelajaran yang mencatatkan peningkatan kepada 14 peratus berbanding 13.22 peratus tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu Zakaria Hussin berkata Sekolah Kebangsaan (SK) Chalok Model Khas, Setiu pula merupakan sekolah terbaik berdasarkan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) 1.14 apabila tujuh daripada sepuluh calonnya mendapat 5A.

Di IPOH, sebanyak 3,249 atau 8.49 peratus daripada 38, 248 murid yang menduduki UPSR di Perak lulus cemerlang dengan memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pendidikan Negeri Muhammat Roli Hassan berkata berkata peratusan calon yang mencapai tahap penguasaan minimum (A,B,C) bagi semua mata pelajaran menurun daripada 63.77 peratus pada tahun ini, berbanding 65.10 peratus tahun lepas.

"Sekolah yang paling banyak calon memperolehi A dalam semua mata pelajaran ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Ave Maria Convent, Ipoh (66 calon), Sekolah Jenis Kebangsaan Yuk Choy (45), Sekolah Kebangsaan Marian Convent (41), Sekolah Kebangsaan Tasik Damai (32) dan Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist (35)," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan