SPAD Gantung Lesen Syarikat Bas Genting Highlands

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hishammuddin
Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menggantung lesen syarikat bas yang terbabit dalam nahas yang mengorbankan 37 penumpang di KM3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada 21 Ogos lepas.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata SPAD juga sedang mencari alternatif bagi menggantikan syarikat berkenaan yang menjalankan perkhidmatan bas berhenti-henti di laluan itu.

"Mereka (SPAD) mengadakan pertemuan dengan pengurusan Genting Berhad hari ini dan saya mencadangkan kepada mereka (Genting Berhad) agar mengambil alih sistem pengangkutan di Genting Highlands," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen Khamis.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berkata beliau juga mencadangkan syarikat Genting Berhad mengambil alih syarikat yang mengendalikan perkhidmatan pengangkutan ke Genting Highlands kerana laluan itu dikategorikan jalan persendirian.

"Jadi mereka (Genting Berhad) akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk keselamatan dan pengurusan syarikat bagi membawa penumpang ke pusat peranginan tersebut.

Dalam nahas tersebut, 37 orang maut manakala 16 lagi cedera.

Laporan Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati antara punca kemalangan itu ialah bas berkenaan didapati dipandu laju melebihi had laju iaitu 50km sejam selain kekurangan kecekapan fungsi brek pada bas berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata Kementerian Pengangkutan akan memastikan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) siap mengikut tarikh dijadualkan iaitu 2 Mei tahun depan.

"Kita juga akan menyiasat secara telus dan mengenal pasti punca penambahan kos dan sebab kelewatan untuk menyiapkan KLIA2," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan