Semua Jawatan Penting Ditandingi Dalam Pemilihan MTUC

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) buat pertama kalinya sejak ditubuhkan pada 1949, akan menyaksikan pertandingan antara penyandang setiausaha agung dan presiden bagi jawatan tertinggi kesatuan itu pada persidangan perwakilan tiga tahun sekali bulan depan.

Tumpuan pastinya terhadap perebutan bagi jawatan presiden pada pemilihan 22 Disember ini antara setiausaha agung Abdul Halim Mansor dan presiden Mohd Khalid Atan.

Abdul Halim, yang juga setiausaha agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Perusahaan Petroleum dan Kimia semasa dihubungi Bernama mengesahkan beliau akan bertanding jawatan tertinggi selepas menerima sembilan pencalonan manakala Mohd Khalid yang menerima 18 pencalonan berkata beliau akan mempertahankan jawatannya.

Abdul Halim berkata seorang lagi yang dicalonkan bagi jawatan presiden ialah Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (Maseu) Alias Aziz yang menerima satu pencalonan.

Pencalonan bagi pemilihan MTUC yang dibuka pada 1 Oktober dan ditutup 1 November menyaksikan terdapat pertandingan bagi semua jawatan penting.

Timbalan Presiden MTUC Mohd Jafar Abd Majid menerima 10 pencalonan untuk mempertahankan jawatannya itu manakala Abdul Razak Md Hassan, yang juga Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu dan Abdullah Sani Abdul Hamid dari Kelab Kesatuan Sekerja, masing-masing menerima 15 dan dua pencalonan bagi jawatan itu.

Sementara itu, Abdul Halim berkata pertandingan lima penjuru dijangkakan bagi jawatan setiausaha agung antara setiausaha agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu N.Gopala Krishnam, Setiausaha Agung Persatuan Eksekutif Maybank A.Prem Kumar dan tiga yang lain.

Penyandang Timbalan Setiausaha Agung Samuel Devadasan akan dicabar R.Jey Kumar dari Kesatuan Pekerja-Pekerja Ladang Malaysia, Kamarul Baharin Mansor dari Southern Waste manakala penyandang naib presiden A.Balasubramaniam akan mempertahankan jawatannya.

Sebanyak 23 ahli kesatuan dicalonkan bagi merebut lima jawatan naib presiden mewakili sektor swasta, tujuh dicalonkan bagi tiga jawatan naib presiden (sektor awam) dan enam dicalonkan bagi tiga jawatan naib presiden (badan berkanun).

Abdul Halim berkata kira-kira 555 perwakilan dari 129 kesatuan layak memilih pemegang jawatan MTUC bagi tempoh 2013-2016 pada persidangan perwakilan itu pada 21-22 Disember di venue yang akan ditetapkan kemudian.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan akan menghantar delegasi terbanyak iaitu 42 perwakilan ke persidangan itu.

MTUC mempunyai kira-kira 620,000 anggota dari 162 kesatuan gabungan terdiri badan swasta, awam dan berkanun. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan