PM Berlepas Ke Sri Lanka Hadiri CHOGM 2013

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis berlepas ke Sri Lanka bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2013.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri berlepas pada kira-kira 2.20 petang dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

CHOGM 2013 akan berlangsung di Colombo, Sri Lanka dari 15 hingga 17 November.

Menurut kenyataan Wisma Putra, mesyuarat CHOGM itu dijangka membincangkan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran semasa dan akan datang bagi mencapai pembangunan yang inklusif, saksama dan mampan.

CHOGM diadakan dua tahun sekali bagi membincangkan isu-isu global dan berkaitan Komanwel serta membuat keputusan berhubung dasar dan inisiatif bersama.

Selepas menghadiri CHOGM, Perdana Menteri dijadual berlepas ke Bangladesh untuk lawatan rasmi tiga hari dari 17 November. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan