Peruntukan Untuk Esscom Hanya Belanja Mengurus - Shahidan - Berita Semasa | mStar

Peruntukan Untuk Esscom Hanya Belanja Mengurus - Shahidan

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peruntukan RM75 juta kerajaan bagi Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) adalah khusus untuk perbelanjaan mengurus, persidangan Dewan Rakyat diberitahu, Khamis.

Dalam Bajet 2014, kerajaan menyediakan peruntukan tersebut bagi memantapkan lagi operasi Esscom.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata peruntukan itu tidak termasuk untuk membina rumah di kawasan penempatan semula.

Katanya urusan pembinaan rumah di penempatan semula itu akan diuruskan oleh Jabatan Perumahan Negara, dan Esscom hanya mencadangkan tempat yang bersesuaian untuk membina rumah.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Laksamana (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut).

Mohamad Imran ingin mengetahui berapa banyak peruntukan disediakan untuk membina rumah (penempatan semula) sebagaimana dirancangkan kerajaan.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (BN-Silam), Shahidan berkata sehingga kini kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk merobohkan kawasan perkampungan air di Parlimen Silam.

"Sebarang keputusan yang dibuat kerajaan berhubung perkara itu akan mengambil kira pelbagai aspek seperti kesejahteraan, keselesaan, kemudahan infrastruktur dan kesesuaian penempatan baharu," katanya.

Datu Nasrun ingin mengetahui berkenaan keputusan dibuat Esscom untuk merobohkan kawasan perkampungan air di Parlimen Silam dan adakah kerajaan mengkaji kesan perubahan demografi penduduk selepas berpindah. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan