Misi Bantuan Kemanusiaan Taufan Haiyan KP1M Tiba Di Tacloban

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TACLOBAN (Filipina): Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) termasuk doktor dan petugas media Malaysia selamat tiba di bandar Tacloban pada pukul 6.30 petang (waktu tempatan) dalam menyampai misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa taufan Haiyan.

Penerbangan menggunakan dua pesawat Charlie C-130 yang membawa 30 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan mendarat di Lapangan Terbang Tacloban yang teruk musnah dan terjejas akibat taufan itu.

Keadaan pada waktu ketibaan adalah gelap kerana difahamkan bekalan elektrik terputus sejak bandar ini dilanda bencana alam itu Jumaat lepas.

Hanya beberapa lampu dipasang daripada bekalan elektrik yang diperoleh daripada beberapa set generator bagi tujuan penyelenggaraan kesemua bantuan daripada negara lain termasuk Amerika Syarikat.

Sekarang ini difahamkan lapangan terbang itu hanya menjadi pusat pengumpulan bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia, selain menjadi tumpuan mangsa taufan dari kawasan berdekatan bagi mencari perlindungan, menunggu bantuan dan peluang dibawa keluar dari bandar ini.

Turut tiba bersama 30 sukarelawan yang diketuai Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ialah Angkatan Tentera Malaysia Inspektorat Kesihatan bagi menganalisis situasi semasa bagi tujuan bantuan lanjut.

Kelihatan ramai mangsa yang beratur menunggu bantuan dan difahamkan mereka juga menunggu untuk dibawa keluar dari bandar ini.

Selain masalah bekalan elektrik, akses kepada komunikasi juga adalah sangat terhad.

Para sukarelawan turut dinasihatkan anggota keselamatan di sini untuk terus bermalam di kawasan lapangan terbang demi keselamatan mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan