Manila Berterima Kasih Atas Keprihatinan Kuala Lumpur Terhadap Mangsa Taufan Haiyan

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Filipina melahirkan penghargaan besar kepada kerajaan Malaysia dan rakyatnya atas usaha bersepadu mereka dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa taufan Haiyan di pulau-pulau di republik itu.

Duta Besar Filipina di Malaysia Jose Eduardo Malaya juga mengucapkan terima kasih bagi pihak Manila, kepada badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia iaitu Kelab Putra 1Malaysia dan Mercy Malaysia, yang menghulurkan bantuan di bandaraya Tacloban, yang paling teruk dilanda taufan itu.

Beliau berkata langkah diambil oleh rakyat Malaysia jelas mencerminkan semangat setiakawan dan keprihatinan sebagai "jiran terdekat dan anggota Asean".

Katanya pihak kedutaan, terutamanya, ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada rakyat bagi bantuan bekalan makanan dan ubat-ubatan, fasiliti bergerak rawatan pesakit luar, serta sebuah hospital lapangan.

"Bantuan itu memberikan harapan dan jaminan bahawa mangsa-mangsa tidak bersendirian dalam menghadapi kesukaran ini," katanya kepada Bernama selepas menerima kunjungan hormat anggota Persatuan Rasmi Pereka Malaysia dan Persatuan Pereka Bumiputera di Kedutaan Filipina di sini Khamis.

Semalam, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengumumkan kerajaan Malaysia akan menyalurkan US$1 juta untuk membantu mangsa.

Selain daripada bantuan kewangan, Malaysia juga menyumbang barangan keperluan seperti makanan dan ubat-ubatan bernilai kira-kira RM1 juta menerusi Kelab Putera 1Malaysia yang kini berada di bandar raya Tacloban yang terjejas teruk oleh taufan itu Jumaat lepas.

Menurut Malaya, kedutaan juga menerima banyak panggilan, surat dan e-mel serta posting dalam Facebook daripada rakyat Malaysia, melahirkan keprihatinan mereka.

Katanya setakat semalam, angka kematian akibat taufan paling kencang dan kuat di dunia itu meningkat kepada 2,344 orang dan masih belum mencapai 10,000 orang seperti dibimbangi oleh sesetengah pihak dan pegawai.

"Angka kematian mungkin lebih tinggi tetapi tidak akan mencecah sehingga 10,000 kerana kawasan yang terjejas oleh Haiyan ialah kawasan luar bandar, bukan bandar," katanya.

Sementara itu, Malaya menggesa kalangan pereka fesyen Malaysia bekerjasama rapat dengan pereka Filipina dan menerokai peluang dalam bidang tekstil serat semulajadi, rekaan dan sumber lain untuk menghasilkan busana unik.

Pereka Malaysia boleh bereksperimen dan mereka pakaian, gaun, aksesori dan kasut menggunakan tenunan menggunakan serat abaca, nanas dan pisang daripada kalangan pribumi Filipina, katanya.

"Pada masa yang sama, pereka Filipina boleh mencipta fesyen pakaian berasaskan batik dan sumber lain Malaysia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan