Kerosakan ILS Punca Berlaku Kesesakan Trafik Di KLIA 23 Ogos Lepas - Hishammuddin - Berita Semasa | mStar

Kerosakan ILS Punca Berlaku Kesesakan Trafik Di KLIA 23 Ogos Lepas - Hishammuddin

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerosakan alat pendaratan 'Instrument Landing System' (ILS) merupakan punca berlaku kesesakan trafik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 23 Ogos lepas.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerosakan itu menyebabkan hanya satu landasan sahaja yang boleh digunakan untuk pendaratan dan pelepasan.

"Bagi kesesakan trafik pada 25 Ogos pula, ia adalah kerana pergerakan angin memerlukan pertukaran arah pendaratan. Ia terpaksa dilaksanakan selepas tujuh pesawat tidak dapat melakukan pendaratan pada permulaan tempoh ketibaan puncak disebabkan arah angin yang tidak menentu," katanya semasa menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) dalam persidangan Dewan Rakyat, Khamis.

Hasbullah bertanyakan mengenai punca kesesakan trafik di KLIA pada 23 dan 25 Ogos lepas dan tindakan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk mengatasi masalah itu.

Hishammuddin berkata peningkatan pergerakan pesawat secara mendadak di KLIA sejak 12 bulan lepas juga menyumbang kepada kesesakan itu, dari purata 750 pergerakan sehari kepada purata 950 pergerakan sehari.

"Faktor-faktor kesesakan lain juga termasuk keadaan cuaca yang buruk, jerebu dan perubahan angin kencang melebihi 10 batu nautika sejam yang memerlukan pertukaran landasan arah berlepas dan mendarat," katanya.

Sehubungan itu, Hishammuddin berkata DCA telah mengenal pasti dua bentuk pendekatan iaitu jangka masa pendek dan panjang bagi mengatasi masalah itu.

"Bagi tempoh jangka masa pendek, DCA telah menggunakan operasi secara 'semi-mixed mode' apabila diperlukan dengan mengambil kira nisbah pesawat mendarat berbanding pesawat berlepas.

"Bagi jangka panjang pula, DCA akan meningkatkan kapasiti operasi kawalan trafik udara melalui projek 'Air Traffic Management Operations Plan' (ATMOP) dengan meningkatkan keupayaan pergerakan keluar masuk pesawat dari KLIA sedia ada sebanyak 68 pergerakan pesawat sejam kepada 78 pergerakan sejam," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan