Jambatan Pulau Pinang Ditutup Sementara Ahad Ini

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara selama 10 jam kepada semua kenderaan Ahad ini sempena acara Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang.

Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS) dalam satu kenyataan berkata jambatan ditutup mulai pukul 1 pagi sehingga pukul 10 pagi dan akan beroperasi seperti biasa selepas itu.

Beberapa laluan yang menuju ke jambatan itu juga turut ditutup pada waktu yang sama bagi mengelak sebarang gangguan acara larian berkenaan.

PLUS berkata orang ramai yang perlu masuk-keluar antara kawasan pulau dan tanah besar dinasihati supaya menggunakan perkhidmatan feri yang akan beroperasi 24 jam sebagai laluan alternatif.

"Orang ramai juga dinasihati mematuhi papan tanda dan arahan yang diberikan PLUS," katanya.

Maklumat lanjut mengenai penutupan jambatan boleh didapati dengan menghubungi Plusline 1800 88 0000. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan