Hidap Diabetes, Adik-Beradik Lalui Tempoh Sukar

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nur Nadira (kanan) dan Nur Nabila disahkan menghidap diabetes pada usia muda.
Nur Nadira (kanan) dan Nur Nabila disahkan menghidap diabetes pada usia muda.

KUALA LUMPUR: Terdapat hari-hari yang baik, tetapi adakalanya Nur Nabila Mohd Nordin lemah apabila berhadapan dengan penyakit diabetes yang dihidapinya.

Selepas disahkan menghidap penyakit itu ketika berusia 18 tahun, Nur Nabila yang kini berusia 24 tahun berkata, amat sukar baginya apabila dia disahkan menghidap diabetes.

Kini, sebagai orang dewasa, dia perlu 'memantau penyakit itu dengan sendiri'.

"Saya berada di kolej dan jauh daripada keluarga. Terdapat niat untuk melakukan perkara yang buruk tetapi keluarga dan rakan-rakan sentiasa ada untuk membantu saya," katanya yang disahkan menghidap diabetes jenis 2.

Namun, beliau tidak terkejut kerana ibunya turut menghidap penyakit tersebut.

Nur Nabila disahkan menghidap diabetes selepas adiknya, Nur Nadira, 16, membuat keputusan untuk menjalani pemeriksaan dan mendapati dia turut menghidap penyakit yang sama.

Apabila dia mula mengambil pil untuk mengawal paras glukosa darah, dia berdepan hiperglisemia (glukosa darah terlalu tinggi) menyebabkannya mengalami keracunan makanan awal tahun ini.

Keadaan itu memaksanya untuk mengambil suntikan insulin tiga kali sehari dan pil dua kali sehari.

Nur Nabila juga perlu mengambil ubat rawatan kolestrol pada waktu malam.

"Saya tidak suka mengambil suntikan dan berharap untuk tidak mengambilnya dalam jangka masa panjang.

"Doktor tahu sesuatu pelik telah berlaku apabila saya tidak bertemu dengannya selepas dua atau tiga bulan. Namun, beliau memberitahu saya bahawa sekiranya saya tidak mengambilnya, maka dia tidak menjalankan tanggungjawab beliau.

"Saya sudah tahu apa yang perlu dan tidak boleh dimakan tetapi ia berjaya mengubah hidup saya," kata Nur Nabila.

Menurutnya, dia kini menjalani kehidupan yang lebih sihat termasuk berjalan kaki selama 30 minit ke stesen LRT.

Nur Nabila berkata, dia juga mengubah cara pemakanannya dengan sentiasa mengambil minuman khas yang dibeli di kedai kopi berhampiran pejabatnya.

Eksekutif operasi itu melupakan kekecewaannya dengan terlibat dalam penulisan kreatif.

Seperti golongan remaja seusianya, dia merancang untuk mendirikan rumah tangga suatu hari nanti walaupun pernah dikecewakan sebelum ini.

Nur Nadira, 22, mula menyedari dia menghidap diabetes apabila kerap ke tandas.

Dia melakukan pemeriksaan dengan monitor glukosa darah milik arwah ibunya.

"Saya menangis apabila melihat bacaan 16mmol/L (agak tertinggi berbanding bacaan normal antara 4.4 dan 8.0).

"Saya memaklumkan perkara itu kepada bapa saya dan dia membawa saya ke sebuah klinik. Saya disahkan menghidap diabetes.

"Saya fikir ia terlalu awal. Maksud saya, saya masih mahu menikmati kehidupan sekarang. Saya tidak pernah menjangka disahkan menghidap penyakit itu pada usia 16 tahun.

Dia kini kerap bertemu doktor pakar dan sentiasa memastikan paras glukosa darahnya terkawal dengan mengambil dua pil setiap hari dan kerap melakukan senaman.

Nur Nadira yang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan berkata, dia amat takut dan adakalanya dihantui rasa gelisah apabila berhadapan realiti menghidap diabetes.

"Diabetes merupakan penyakit senyap. Anda tidak boleh mengawalnya tetapi anda boleh mencuba," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan