CRO Kumpulan Maybank Dipilih 'Pengurus Risiko Bank Terbaik'

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Risiko (CRO) Kumpulan Maybank, Dr John Lee, telah dipilih sebagai "Pengurus Risiko Bank Terbaik" oleh majalah Asia Risk.

Terbitan berpangkalan di Asia itu meliputi pengurusan derivatif dan risiko.

"Saya rasa amat berbangga kerana menerima pengiktirafan ini daripada Asia Risk. Anugerah ini mengiktiraf bahawa Maybank mengguna pakai amalan terbaik global di dalam dasar pengurusan risikonya," kata Lee dalam satu kenyataan pada Khamis.

Anugerah itu disampaikan oleh Editor Asia Risk, Eric Woolner kepada Lee semasa majlis penyampaian Anugerah Risiko Asia ke-14 di Hong Kong baru-baru ini.

Lee berkata cabaran terbesar untuk Maybank ialah pemasaan pelbagai peraturan di keseluruhan negara Asia.

"Perkembangan peraturan berubah kepada bagaimana kita melihat risiko dan paling penting, bagaimana ia diserapkan ke dalam fungsi perniagaan," katanya.

Lee berpengalaman di dalam industri kewangan dan pengurusan risiko dengan pengkhususan di dalam kewangan Islam, strategi perniagaan, pengurusan risiko dan pengurusan prestasi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan