AGM MIC Hulu Selangor Diadakan Pada 29 September - Pengerusi Bahagian

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC Bahagian Hulu Selangor pada Khamis menafikan dakwaan bahawa calon Ketua Pemuda V. Mugilan gagal memanggil mesyuarat agung tahunan (AGM) untuk bahagian Pemuda Hulu Selangor.

Pengerusi bahagian R. Sithamparam berkata AGM berkenaan diadakan pada 29 September lepas di sebuah restoran Cina di Kerling, Hulu Selangor.

Malah katanya anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) G. Kumar Aamaan menghadiri mesyuarat itu sebagai pemerhati.

"Tuduhan ini semata-mata mahu mencemarkan imej Timbalan Ketua Pemuda, Mugilan. Semua orang tahu Mugilan seorang pemimpin yang berani dan lantang bersuara untuk membawa perubahan dan transformasi bagi pembaharuan parti," katanya kepada Bernama di ibu pejabat MIC di sini Khamis.

Sithamparan ialah setiausaha bahagian semasa mesyuarat itu dan baru-baru ini dipilih sebagai Pengerusi Bahagian.

Semalam, Timbalan Ketua Pemuda Hulu Selangor R. Vikneswaramoorthy mendakwa Mugilan tidak sesuai sebagai Ketua Pemuda parti kerana beliau tidak melakukan apa-apa bagi pembangunan belia dan malah gagal untuk memanggil AGM pemuda bahagiannya.

Bagaimanapun apabila dihubungi Bernama, Mugilan berkata beliau telah mengadakan mesyuarat tahunan bahagian dan telah memaklumkan kepada semua anggota parti di bahagian Hulu Selangor termasuk Vikneswaramoorthy menerusi panggilan telefon, surat dan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai mesyuarat itu.

"Tetapi dia (Vickneswaramoorthy) tidak memberi sebarang maklum balas. Saya percaya seseorang telah 'membayar' beliau untuk mencemar imej saya selaku calon Ketua Pemuda memandangkan pemilihan tidak lama lagi," katanya.

Mugilan akan berdepan Setiausaha Pemuda C. Sivaraajh bagi jawatan nombor satu pergerakan itu pada pemilihan sayap parti, Sabtu ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan