Abai Kebersihan, Restoran 'Nasi Ganja' Ipoh Diarah Tutup

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom di Ipoh dikenakan notis Perintah Tutup Premis Makanan selama 14 hari kerana melanggar syarat di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 berkaitan kebersihan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kinta (Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan) mulai Khamis. -fotoBERNAMA
Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom di Ipoh dikenakan notis Perintah Tutup Premis Makanan selama 14 hari kerana melanggar syarat di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 berkaitan kebersihan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kinta (Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan) mulai Khamis. -fotoBERNAMA

IPOH: Sebuah restoran yang popular dengan makanan nasi kandar atau lebih dikenali sebagai 'nasi ganja' di Jalan Yang Kalsom di sini, diarah tutup selama dua minggu berikutan gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail itu berkuat kuasa mulai Khamis sehingga 28 November.

Operasi bersepadu bermula 5 petang itu melibatkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dan Jabatan Imigresen.

Menurut Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, persekitaran penyediaan makanan yang tidak bersih boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.

Katanya notis itu dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, jika disabitkan kesalahan boleh didenda atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Nordiyanah Hassan ketika dihubungi mengesahkan arahan tutup premis itu dan operasi dijalankan atas arahan Kementerian Kesihatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan