90 Peratus AJK PKR Cabang Kota Belud Isytihar Keluar Parti

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KELUAR PKR… Sebahagian daripada penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Kadamaian yang mengisytiharkan keluar parti itu secara beramai-ramai dan sokong tindakan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Jeremmy Malajad keluar PKR dan menjadi AdUN Bebas yang menyokong Parti Barisan Nasional. -fotoBERNAMA
KELUAR PKR… Sebahagian daripada penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Kadamaian yang mengisytiharkan keluar parti itu secara beramai-ramai dan sokong tindakan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Jeremmy Malajad keluar PKR dan menjadi AdUN Bebas yang menyokong Parti Barisan Nasional. -fotoBERNAMA

KOTA BELUD: Jika hampir dua minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah kehilangan dua wakil rakyatnya, kali ini parti itu ditimpa satu lagi masalah apabila 90 peratus Anggota Jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kota Belud keluar beramai-ramai meninggalkan parti itu hari ini.

Tindakan itu yang disertai dengan langkah melepaskan semua jawatan yang disandang dalam cabang itu diketuai Ketua Penerangan cabang tersebut Soloh Yuna.

"Keputusan ini kami buat kerana kami telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR yang gagal melaksanakan tanggungjawab membela dan menyatupadukan rakyat.

"Sejak kebelakangan ini, parti PKR khususnya di Sabah semakin teruk," katanya dalam kenyataan Khamis.

Beliau berkata disebabkan pertelagahan sesama pemimpin PKR di Sabah, anggota dan kepimpinan PKR Cabang Kota Belud kehilangan arah tujuan.

"(PKR Cabang Kota Belud) tiada ketua, tiada pejabat, tiada mesyuarat dan tiada maklumat apa-apa untuk ahli mengenai status PKR Cabang Kota Belud. Kami tidak boleh terus berada dalam parti yang diibaratkan 'hidup segan mati tak mahu," katanya.

Menurut Soloh, mereka perlu membuat keputusan tepat mengenai hala tuju perjuangan politik masa depan mereka memandangkan PKR cabang itu semakin lesu dan tidak bermaya.

Dalam kenyataan itu juga bekas AJK PKR berkenaan turut menzahirkan sokongan terhadap tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Jeremy Malajad yang keluar dari PKR baru-baru ini dan mengisytiharkan menyokong Barisan Nasional.

Jumaat lalu, Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan turut mengisytiharkan peletakan jawatannya sebagai Naib Pengerusi PKR Sabah dan menganggap dirinya bukan lagi anggota PKR kerana tidak berpuas hati dengan barisan kepimpinan PKR negeri Sabah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan