Tun Mohamed Dzaiddin Dilantik Canselor Universiti Terbuka Wawasan

Diterbitkan: Rabu, 13 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah akan dilantik sebagai canselor Universiti Terbuka Wawasan (WOU) pada majlis konvokesyen keempatnya 7 Disember ini.

Pengerusi Yayasan Pendidikan Wawasan Datuk Seri Stephen Yeap berkata Mohamed Dzaiddin dipilih lembaga pengelola WOU sebagai canselor untuk penggal tiga tahun mulai 10 September tahun ini.

Katanya pengalaman luas Mohamed Dzaiddin sebagai peguam dan hakim serta pengetahuan mendalam dan praktikalnya tentang ekonomi Malaysia amat berguna dalam tugas beliau sebagai canselor WOU.

"Saya yakin kedudukan Mohamed Dzaiddin dalam kerajaan dan kalangan warga korporat akan dapat meningkatkan imej dan kredibiliti universiti ini," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Yeap juga memberi penghormatan dan penghargaan kepada dua canselor WOU sebelum ini iaitu mendiang Tun Dr Lim Chong Eu dan mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik, yang meninggalkan "kesan besar terhadap universiti ini".

Mohamed Dzaiddin, yang berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara kesembilan dari tahun 2000 hingga Mac 2003, kini merupakan pengerusi bukan eksekutif Bursa Malaysia Bhd.

Beliau akan dilantik secara rasmi sebagai canselor WOU pada sidang pertama konvokesyen universiti berkenaan pada 7 Disember.

Yeap berkata konvokesyen selama dua hari itu juga akan menyaksikan penganugerahan Ijazah Doktor Sains Kehormat kepada Tan Sri Lee Oi Hian, ketua pegawai eksekutif dan pengarah eksekutif Kuala Lumpur Kepong Bhd.

Sementara itu, Naib Canselor WOU Prof Datuk Ho Sinn Chye berkata universiti berkenaan akan melahirkan 346 graduan pada tahun ini, terdiri daripada 264 graduan di peringkat ijazah pertama dan selebihnya di peringkat lepasan ijazah.

"Daripada 82 pelajar lepasan ijazah, 60 akan menerima ijazah Commonwealth Executive Masters of Business Administration, seorang ijazah Commonwealth Executive Master of Public Administration dan 21 Ijazah Lepasan Diploma dalam Pendidikan," katanya.

Majlis itu juga akan menyaksikan penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat Kesusasteraan kepada Dr John Yip Soon Kwong, bekas pengarah pendidikan di Kementerian Pelajaran Singapura. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan