Syarikat Kawalan Keselamatan Akan Diwajib Laksana Pengesahan MyKad Dengan JPN

Diterbitkan: Rabu, 13 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERI MANJUNG: Semua syarikat kawalan keselamatan akan diwajibkan melaksana pengesahan maklumat diri MyKad untuk setiap pengawal keselamatan yang mahu diambil bekerja bagi mengelak penipuan identiti oleh warga asing.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Jariah Mohd Said berkata pelaksanaan itu sedang diusahakan dengan mengumpul maklumat lengkap senarai kesemua syarikat yang menyediakan perkhidmatan itu.

"Kita juga sedang menyediakan jadual bagi penyemakan di JPN kerana dijangka ramai yang akan hadir untuk membuat pengesahan.

"Bagaimanapun kita mengalu-alukan syarikat yang mahu hadir ke JPN untuk tujuan itu. Sudah ada satu syarikat yang datang sendiri, ini satu contoh yang baik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Cetakan Teragih (Pantas) MyKad yang baru diperkenalkan di JPN cawangan Manjung di sini Rabu.

Beliau berkata selain itu pada peringkat awal sebelum pelaksanaan pengesahan pengawal keselamatan dijalankan, JPN juga memerlukan senarai nama kesemua pengawal keselamatan dan nombor MyKad mereka untuk penyemakan di jabatan berkenaan.

JPN juga akan meminta pengurusan syarikat membawa pengawal keselamatan yang bekerja dengan mereka ke JPN untuk pemeriksaan cap jari atau biometrik - kaedah paling tepat untuk pengesahan identiti, katanya.

Selain itu Jariah berkata sejak Operasi Semak Kad Pengenalan (Ops ID) dilancarkan pada 29 Okt lepas, JPN telah memeriksa 505 MyKad membabitkan 188 premis.

Katanya 20 orang warga Filipina termasuk enam wanita dibawa ke mahkamah hari ini kerana menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain sebagai pengenalan diri.

Mereka yang berusia antara 19 dan 44 tahun itu dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain sebagai pengenalan diri.

Mengikut fakta kes, kesemua tertuduh menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain yang beralamat di Sabah.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kemudahan untuk cetakan pantas MyKad dalam tempoh dua jam itu akan diperluaskan kepada 10 cawangan lain di seluruh negara supaya orang ramai tidak perlu lagi menunggu 10 hari untuk mendapatkan MyKad mereka.

Beliau berkata penambahbaikan oleh JPN itu secara tidak langsung dapat menangani masalah MyKad yang tidak dituntut selain penjimatan kos serta aspek keselamatan kerana MyKad yang telah siap tidak perlu dihantar ke JPN negeri atau pejabat cawangan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan