Sektor Awam Perlu Jadi Kumpulan Berinovatif - PM

Diterbitkan: Rabu, 13 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2013 kepada Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus (dua, kanan) pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2013 Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Rabu. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa (kanan), dan Setiausaha Kehormat Mercy Malaysia, Ir Amran Mahzan (tiga, kiri). Pemenang menerima ganjaran wang tunai RM1 juta, trofi dan sijil penghargaan. Tema anugerah pada tahun ini adalah
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2013 kepada Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus (dua, kanan) pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2013 Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Rabu. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa (kanan), dan Setiausaha Kehormat Mercy Malaysia, Ir Amran Mahzan (tiga, kiri). Pemenang menerima ganjaran wang tunai RM1 juta, trofi dan sijil penghargaan. Tema anugerah pada tahun ini adalah "Mencabar Kemustahilan, Mencipta Keunggulan". -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu sektor awam supaya berani menolak pemikiran statik, jumud dan beku untuk menjadi kumpulan yang berinovatif.

Dalam sektor awam, beliau berkata pemikiran tidak seharusnya tersekat, sebaliknya mereka harus mampu merealisasikan pemikiran secara inovatif dan kreatif.

Sambil memberi contoh, beliau berkata Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), penambahan hasil kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan penyenaraian IPO Felda yang ketiga terbesar di dunia merupakan antara inovasi kerajaan.

"Sejak inovasi diberi perhatian, sektor awam telah menjadi responsif.

"Selama ini, kita fikirkan mereka dalam sektor awam mungkin lebih cenderung untuk berfikir secara konvensional dan ortodoks tetapi apabila kita jadikan inovasi sebagai satu cabaran, sektor awam telah menunjukkan kebolehan berfikir secara inovatif," katanya pada Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2013 di sini Rabu.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU), Datuk Wira Omar Kaseh.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2013 yang dimenangi Mercy Malaysia kepada presidennya, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus. Pemenang menerima wang tunai RM1 juta, trofi dan sijil.

Najib berkata inovasi dan kemampuan untuk berinovatif tidak dimonopoli mana-mana pihak, termasuk saintis yang menjalankan penyelidikan.

"Inovasi boleh dipupuk, dibangunkan dalam sektor awam kerana apabila kita melakukan perkara-perkara ini, dua kemungkinan akan berlaku.

"Yang pertama, rakyat akan mendapat kepuasan lebih. Mereka akan melihat sektor awam benar-benar responsif dan berkesan, komited untuk kesejahteraan rakyat.

"Yang kedua, kejayaan sektor awam akan memberi kesan kepada perkembangan Pendapatan Negara Kasar (GNI) dan peningkatan ekonomi negara kita," katanya.

Untuk menjadi sebuah negara maju, Najib berkata Malaysia perlu beralih daripada pelaburan berteraskan input kepada ekonomi berteraskan pengetahuan dan seterusnya sebuah ekonomi yang dipacu oleh inovasi.

"Sekiranya kita terus bergantung kepada pelaburan berteraskan input, kita tidak akan mencapai tahap peningkatan yang ketara atau lonjakan berganda yang meletakkan kita ditarif sebagai negara maju.

"Sehubungan itu, kerajaan menekankan betapa pentingnya inovasi untuk diterapkan bukan sahaja dalam sektor swasta tetapi juga awam pada keseluruhannya," katanya.

Najib juga mahu Malaysia yang kini menduduki tangga ke-32 dalam Indeks Inovasi Global 2013 yang menyenaraikan 142 buah negara, terus memperbaiki kedudukan pada masa akan datang - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan