Orang Ramai Boleh Hantar Aduan Kepada PAC Menerusi Laman Web

Diterbitkan: Rabu, 13 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan berhubung perbelanjaan wang kerajaan kini boleh menghubungi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di laman webnya di www.parlimen.gov.my/pac. Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata orang ramai perlu memanfaatkan laman web berkenaan kerana ia lebih mudah serta pantas berbanding kaedah konvensional seperti menghantar surat atau faks.

"Di laman web berkenaan, terdapat pautan e-aduan, yang membolehkan rakyat menghantar terus segala aduan atau pertanyaan. Kita akan merahsiakan segala butiran penghantar email terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Selain itu, laman web berkenaan turut menyediakan segala maklumat mengenai aktiviti PAC selain orang ramai juga boleh mendapatkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2012 siri 1 dan siri 2, yang dibentangkan bulan lepas.

Nur Jazlan berkata PAC juga akan memuatnaik laporan yang disiasat jawatankuasa berkenaan seperti isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) serta projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) selepas ia dibentangkan kepada Parlimen.

"Ini adalah langkah proaktif yang diambil PAC dalam usaha memastikan wang kerajaan dibelanjakan dengan telus, cekap serta amanah. "PAC mahu orang ramai turut sama memantau segala perbelanjaan kerajaan dan tidak menyerahkan sepenuhnya kepada jabatan kerajaan seperti Jabatan Audit Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan