Jamil Khir Cadang Polis Kawal Kediaman Penguatkuasa Jabatan Agama

Diterbitkan: Rabu, 13 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jamil Khir
Jamil Khir

KOTA BAHARU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menempatkan anggota polis membuat kawalan berkala di kediaman pegawai dan anggota penguatkuasa jabatan agama.

Beliau berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada KDN secepat mungkin bagi memastikan keselamatan anggota penguatkuasa agama.

"Kami faham KDN dan pasukan polis ada kekangan dan tugasan tetapi apa pun kami akan berbincang dengan KDN secepat mungkin.

"Kawalan ini adalah untuk mereka yang tinggal di luar kuarters...kami memerlukan rondaan secara berkala dan harian daripada pihak polis," katanya kepada pemberita selepas perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baharu Tunjung di sini, Rabu.

Perasmian kompleks bernilai RM25.8 juta itu disempurnakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Turut hadiri Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Cadangan kawalan polis itu adalah susulan pembunuhan Ketua Penguatkuasaan Agama Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Ab Malek, 49, Ahad lalu.

Dalam kejadian 1.55 petang itu, Ahmad Raffli maut akibat ditembak dari jarak dekat oleh seorang daripada tiga lelaki yang datang menemuinya di kediaman beliau di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang.

Media melaporkan Allahyarham terlibat dalam penyiasatan beberapa kes besar termasuk memantau gerakan Syiah di Pahang dan ajaran sesat 'Tuhan Harun'.

Ditanya mengenai cadangannya supaya anggota penguatkuasa agama dibekalkan senjata api, Jamil Khir berkata cadangan itu sebenarnya dapat memotivasikan pihak penguatkuasaan dalam melaksanakan tugas yang semakin mencabar.

"Ini kuasa KDN untuk meluluskan atau tidak. Penguatkuasa kini dihambat cabaran dalam melaksanakan tugas seperti membanteras ajaran sesat dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, Jamil Khir meminta semua negeri mengangkat martabat Mahkamah Syariah masing-masing dengan cara memastikan semua kes dapat diselesaikan dalam tempoh tertentu.

"Kami faham ada kekangan untuk menyelesaikan kes tertunggak tetapi demi martabat mahkamah itu sendiri, adalah menjadi sasaran agar kes-kes berkenaan dapat diselesaikan," katanya.

Kompleks di tapak seluas 2.4 hektar itu dimulakan pembinaannya pada 24 Mei 2010 dan disiapkan pada 8 Julai lepas.

Kompleks tujuh tingkat itu mula diduduki dan beroperasi pada 1 Ogos lepas dengan menempatkan pejabat pentadbiran, Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah Kelantan, Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Kelantan, Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan dan Mahkamah Rendah Syariah Kota Baharu.

Sebelum ini, semua urusan beroperasi di Kompleks Islam Darul Naim, Lundang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan