Dewan Rakyat Tolak Usul Bahas Perjanjian Malaysia 1963 - Berita Semasa | mStar

Dewan Rakyat Tolak Usul Bahas Perjanjian Malaysia 1963

Diterbitkan: Rabu, 13 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada Rabu menolak cadangan usul seorang Anggota Parlimen untuk membahaskan isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia yang ditandatangani semasa pembentukan Malaysia pada 1963.

Timbalan Speaker, Datuk Ismail Mohamed Said berkata beliau menerima usul tersebut daripada Ignatius Dorrel Leiking (PKR-Penampang) Isnin lepas dan memutuskan untuk menolak cadangan itu kerana ia dilihat bukan perkara yang perlu disegerakan.

Terdahulu, ketika mengemukakan cadangan usul berkenaan sejurus selepas tamat sesi soal jawab, Leiking berkata keperluan untuk membahaskan penjanjian itu juga seperti 'pembaharuan ikrar perkahwinan' supaya hubungan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia dapat dieratkan lagi.

Katanya, perjanjian yang meliputi 20 perkara untuk Sabah dan 18 perkara untuk Sarawak itu sepatutnya dikaji semula pada 1973, namun ia tidak dilakukan. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan