Cadangan Kawasan Penempatan, Perniagaan Baharu di Cameron Highlands Perlu Dilaksanakan

Diterbitkan: Rabu, 13 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel yang juga Ahli Parlimen Cameron HIghlands meninjau keadaan tanah runtuh di Brinchang di Cameron Highlands pada Rabu.  Dalam kejadian tanah runtuh tiga hari lepas dua pekerja bengkel terperangkap, sebuah bengkel musnah dan beberapa buah kereta rosak teruk. -Foto BERNAMA
Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel yang juga Ahli Parlimen Cameron HIghlands meninjau keadaan tanah runtuh di Brinchang di Cameron Highlands pada Rabu. Dalam kejadian tanah runtuh tiga hari lepas dua pekerja bengkel terperangkap, sebuah bengkel musnah dan beberapa buah kereta rosak teruk. -Foto BERNAMA

CAMERON HIGHLANDS: Cadangan supaya kerajaan menyediakan satu kawasan baharu bagi penempatan dan aktiviti industri ringan di sini perlu dilaksanakan agar penduduk serta pengusaha yang mendiami zon berisiko tinggi ditempatkan semula untuk pembangunan secara terkawal.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel berkata pihaknya akan membincangkan perkara itu termasuk inisiatif pengubahsuaian di samping pemuliharaan kawasan berisiko bersama-sama Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Pejabat Tanah dan Daerah, pihak berkuasa tempatan serta kerajaan negeri pada bulan depan.

"Kebelakangan ini, kawasan sekitar di sini kerap mengalami kejadian banjir dan tanah runtuh, dengan cadangan supaya menyediakan kawasan baharu itu, mereka boleh membuka bengkel membaiki kenderaan, kedai serta perniagaan lain," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian tanah runtuh di Jalan Sultan Abu Bakar di Brinchang di sini, Rabu.

Beliau yang juga anggota Parlimen Cameron Highlands berkata lokasi kawasan baharu itu perlu ditentukan walaupun menyedari kawasan tanah tinggi itu padat dengan kira-kira 50,000 penduduk serta kegiatan penerokaan tanah bagi aktiviti pelancongan serta pertanian.

Ini kerana pembukaan kawasan baharu itu boleh mengawal pembinaan rumah serta pembukaan bengkel atau premis perniagaan secara haram di lereng berbukit yang kini menjadi satu masalah kepada pembangunan tanah tinggi berkenaan.

"Saya tahu banyak rumah dibina secara haram, ada bengkel dan premis perniagaan yang tiada lesen. Ini satu masalah yang perlu kita kawal walaupun sekarang Cameron Highlands sudah jadi tempat yang tidak boleh dikawal," katanya.

Palanivel berkata bagi kawasan penempatan di lereng berbukit, inisiatif pemuliharaan serta pembaikan struktur di sini perlu dilaksanakan termasuk memastikan asas kepada struktur tanah lebih kukuh.

"Pembinaan hotel atau kediaman boleh dibina jika ia terletak di kawasan lembah, jika di kawasan berbukit, ia susah sikit kerana kita juga tidak mahu pembinaan pusat peranginan atau kediaman terlalu banyak di sini," katanya.

Terdahulu, Palanivel turut melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Lembah Bertam di Ringlet di sini yang terjejas teruk akibat banjir kilat serta menyampaikan sumbangan bernilai RM100,000.

Kejadian banjir di Lembah Bertam kira-kira 1 pagi pada 23 Oktober lepas akibat pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar itu menyebabkan empat terbunuh dan seorang cedera manakala 80 rumah serta kira-kira 100 kenderaan musnah.

Pada Ahad lepas, dua lelaki, seorang daripadanya cedera setelah terperangkap dalam sebuah bengkel kenderaan akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Sultan Abu Bakar di sini apabila kawasan berbukit berhampiran bengkel itu runtuh ekoran hujan lebat. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan