Tiada Tawaran Kepada Wakil Rakyat Pembangkang Keluar Parti - Musa

Diterbitkan: Selasa, 12 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata tiada sebarang tawaran dibuat kepada wakil rakyat Pakatan agar mereka meninggalkan parti itu seperti yang didakwa pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata beliau Anwar tidak sepatutnya menyalahkan orang lain kerana kegagalan yang dialami partinya serta ketidakmampuan parti itu berada dalam keadaan tersusun dan menjaga pemimpinnya.

"Pemimpin tertentu dalam Pakatan sudah menyedari bahawa adalah sia-sia bagi mereka untuk terus berada dalam parti itu dan hanya Barisan Nasional (BN) yang boleh membantu mereka bergerak ke hadapan serta membantu mereka membawa pembangunan ke kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Jantung Borneo di sini, Isnin.

Musa, yang juga pengerusi BN Sabah, berkata daripada bersungut dan menuduh orang lain kerana kelemahannya, adalah lebih baik bagi Pakatan merenung kembali dirinya serta menyedari bahawa perkara yang berlaku itu merupakan masalah dalaman parti.

Isnin minggu lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Jeremmy Malajad meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat mesra BN, dengan memberi alasan bahawa beliau berbuat demikian antaranya kerana yakin dengan kemampuan BN membawa pembangunan ke Sabah.

Langkah Jeremmy itu diikuti Adun Matunggong, Datuk Jelani Hamdan, juga daripada PKR, yang meletak jawatan sebagai Naib Pengerusi 1 PKR Sabah pada Jumaat kerana tidak berpuas hati dengan kerenah kepimpinan PKR. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan