Pengikut Kumpulan Tuhan Harun Dipercayai Terlibat Dalam Kes Pembunuhan Ahmad Rafli

Diterbitkan: Selasa, 12 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anak Allyarham, Ahmad Rafli Abdul Malek, Muhammad Amin Ahmad, 15, (kiri) dan abangnya Muhammad Abrar, 19, 
memapah ibu mereka Rosmahwani Abdul Wahab 
yang tidak dapat mengawal emosi ketika majlis pengebumian ayah mereka di tanah perkuburan Islam di Jalan Bukit Ubi Kuantan. -NIK NAIZI HUSIN / The Star
Anak Allyarham, Ahmad Rafli Abdul Malek, Muhammad Amin Ahmad, 15, (kiri) dan abangnya Muhammad Abrar, 19, memapah ibu mereka Rosmahwani Abdul Wahab yang tidak dapat mengawal emosi ketika majlis pengebumian ayah mereka di tanah perkuburan Islam di Jalan Bukit Ubi Kuantan. -NIK NAIZI HUSIN / The Star

KUALA LUMPUR: Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Tuhan Harun' pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Pahang kerana terlibat dengan ajaran sesat dan tudahan melakukan penipuan.

Kini, ahli kumpulan ajaran sesat yang diketuai oleh Harun Mat Saad, 47 dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jaip Ahmad Rafli Abdul Malek dihadapan rumahnya pada Ahad.

Polis percaya kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan tersebut menggesa 31 pengikut kumpulan berkenaan menyerah diri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa mereka segera menyerah diri kepada pihak berkuasa.

"Saya menasihatkan agar mereka menyerah diri kerana jika tidak kita akan memburu mereka. Kita mahu menyoal siaasat mereka berhubung kes pembunuhan," katanya pada sidang media di Bukit Aman.

Ahmad Rafli, 49, ditembak mati di bahagian kepala di hadapan rumahnya di Mahkota 2, Kuantan selepas seorang lelaki yang memakai jubah hitam dan berkopiah bertemu dengannya.

Ketika dia sedang membuka pintu dan berjalan ke arah pintu pagar seorang lagi lelaki yang berpakaian sama melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa.

Dua das tembakan terkena bahagian dada Ahmad Rafli menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian, sementara satu lagi tembakan tersasar dan mengenai saluran paip rumahnya.

Khalid berkata mereka sedang menyiasat sama ada pembunuhan tersebut mempunyai kaitan dengan tugas Ahmad Rafli sebagai ketua penguatkuasa, termasuk penyebaran ajaran Syiah serta kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun.

"Kami tidak mengetepikan sebarang kemungkinan. Kami meyeru semua jabatan termasuk Jabatan Menjejaki Pengganas Bukit Aman membantu siasatan. Kami telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya.

Di satu lagi majlis di Pulau Pinang, Khalid berkata tiada bukti yang menunjukkan pengikut Syiah terlibat dalam kes tembakan berkenaan, beliau menegaskan polis percaya kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dipercayai terlibat dalam kes tembakan tersebut.

"Kami menyedari terdapat aktviti Syiah di sesetengah sekolah dan apa yang kami risaukan adalah pengikut kumpulan ini akan menjadi pelampau dan akhirnya menyertai kumpulan militan," katanya.

Sementara itu, Ketu Polis Pahang, Datuk Sharifudin Ab Ghani berkata, polis percaya kes pembunuhan tersebut mungkin bermotifkan dendam atau tidak berpuas hati dengan tugas Allahyarham sebagai ketua penguatkuasa dalam kes yang dikendalikannya.

Beliau berkata pihak polis akan mengawal rumah mangsa bagi memastikan keselamatan ahli keluarga Allahyarham.

Ahmad Rafli meninggalkan seorang balu, Rosmahwani Abdul Wahab, 41 , dan lima anak.

Beliau dikebumikan pada pukul 10.50 pagi Isnin di tanah perkuburan Islam, Jalan Bukit Ubi.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan