Pekeliling Iktisas 1976 Benar Aktiviti Keagamaan Di Sekolah

Diterbitkan: Selasa, 12 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Surat Pekeliling Iktisas yang dikeluarkan pada tahun 1976 ada mengatakan bahawa program-program keagamaan boleh dilaksanakan di sekolah, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya pekeliling itu juga menegaskan penganjuran program-program seumpama itu perlu dilaksana dengan baik serta mengambil kira sensitiviti antara berbilang kaum.

"Bagi saya isu ini bukan soal pekeliling. Ia isu sama ada kita sensitif atau tidak sesama kita.

"Kalau kita hantar pekeliling atau tidak, ia akan berlaku jika kita tidak hormat satu sama lain," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2014 untuk Kementerian Pendidikan di persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu ibadah korban yang telah dijalankan di beberapa sekolah dan telah menimbulkan ketidakselesaan beberapa pihak pada sambutan Hari Raya Haji yang lepas.

Dalam isu lain Idris mengakui kementerian itu menghadapi ketidakseimbangan antara jawatan guru sedia ada di peringkat negeri dengan jumlah permohonan guru yang mahu mengajar di negeri asal.

Mengambil contoh Kelantan, katanya, jawatan guru yang ada di negeri itu hanya 24,800 tetapi guru yang berasal dari Kelantan melebihi 53,000, manakala di Kedah, jumlah jawatan yang ada ialah 29,809 jawatan dan guru yang berasal dari negeri itu adalah seramai 40,298 orang.

Idris berkata kementerian itu juga mahu mempertingkatkan program Guru Penyayang, di mana guru akan mengambil pelajar bermasalah sebagai anak angkat, sebagai usaha untuk mengekang gejala sosial di kalangan pelajar sekolah.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kehadiran 82,710 pelajar asing di negara ini menunjukkan bahawa institusi pengajian tinggi tempatan adalah berkualiti.

Katanya, Malaysia berada di tempat kesembilan di dunia yang mempunyai paling ramai pelajar asing. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan