Parlimen Belia Bersidang April 2014 - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 12 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan pertama Parlimen Belia Malaysia (PBM) dijangka dilaksana April tahun depan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini pemilihan anggotanya pula dijangka dibuat pada Februari 2014.

Katanya, kementeriannya meningkatkan jumlah daftar pemilih, yang terdiri daripada belia berusia 18 tahun hingga 30 tahun, daripada 17,155 orang pada Mei 2013 kepada 70,181 orang setakat hari ini.

"Jumlah daftar pemilih belia mengalami peningkatan sebanyak 310 peratus, boleh kita lihat sejak penubuhan skuad pendaftaran Parlimen Belia dan gerakan bersepadu di peringkat negeri pada bulan Mei lalu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) di persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Noor Ehsannuddin ingin mengetahui status PBM dan kesudahannya kepada belia yang menyertainya. PBM memberi peluang kepada 80 peratus belia yang bukan anggota persatuan belia bersuara bagi mewakili belia-belia di peringkat akar umbi dalam memberi pandangan terhadap pembangunan belia negara.

Pemilihan anggota PBM adalah berdasarkan kepada taburan populasi belia mengikut negeri dan seramai 119 anggota PBM yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun dipilih secara 'online' melalui Sistem Pemilihan Ahli Parlimen Belia Malaysia (e-PBM) di http://www.parlimenbelia.gov.my oleh pemilih belia yang berdaftar.

Dalam PBM, sembilan jawatankuasa dibentuk membabitkan sosioekonomi; hubungan antarabangsa dan diplomatik; pendidikan dan kerjaya; kebudayaan, sukan, patriotisme dan integrasi; pembangunan masyarakat dan kesihatan; teknologi dan inovasi serta modal insan bagi membincangkan pelbagai isu mengikut bidang.

"Objektif kami iaitu melahirkan pemimpin muda berfikiran terbuka dari segi idea melalui perbahasan pelbagai isu dan usul yang telah ditetapkan akan dibentangkan kepada Parlimen untuk dipertimbangkan," kata Khairy. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan