Ngeh Ejen Sebar Khabar Angin - BNBBC Perak - Berita Semasa | mStar

Ngeh Ejen Sebar Khabar Angin - BNBBC Perak

Diterbitkan: Selasa, 12 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kelab Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BNBBC) negeri Perak hari membidas pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham yang dilihat menjadikan dirinya sebagai 'ejen penyebar khabar angin' apabila membuat pelbagai kenyataan berhubung kononnya dua Adun BN akan melompat parti.

Pengerusi BNBBC Perak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata pemimpin pembangkang itu hanya ingin meraih publisiti murahan melalui media apabila tidak menyelidik kesahihan di samping melapikkan kenyataanya dengan 'sekiranya benar'.

"Ko Ham sebenarnya masih fobia dengan peristiwa lompat parti pada 2009 yang menyebabkan berlaku peralihan kuasa di Perak," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Ngeh dalam sebuah akhbar yang mengatakan sekiranya khabar angin mengenai tindakan dua Adun BN itu benar, mereka bertindak atas dasar peribadi dan bukan menerima tawaran dari mana-mana pihak.

Ngeh turut dilaporkan berkata khabar angin itu muncul berkemungkinan disebabkan pendedahan mengenai isu tanah kepada kroni sebelum ini.

Mohd Khusairi berkata tindakan Ngeh itu secara tidak langsung mendedahkan punca sebenar dua Exco dan seorang Adun pembangkang tinggalkan parti masing-masing pada 2009 ketika mereka menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

"Ia kerana tidak berpuas hati atas tindakan pemimpin mereka yang ketika itu diterajui Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ngeh dan sepupunya Nga Kor Ming.

Beliau berkata tindakan Ngeh yang mengembar-gemburkan khabar angin itu adalah sebahagian daripada provokasi pembangkang yang bertujuan mengalihkan tumpuan rakyat daripada kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan